Saturday, December 16, 2017

kenapa apam aku bantat !! apam bantat


Salam..



Hari ni nak update pasal apam . ntah kenapa latetly ni apam aku tak segebu yang dlu. Kadang-kadang bantat taw ! puas aku fikir punca bantat dan elakkan dari apam bantat tapi masihhhh jadi jugak.. Allahu !! tabahlah akuu..

Apam pokeball


Aku akan senaraikan antara  sebab apam bantat dan aku beri jawapan  dari pengalaman aku .korang bayangkanlah , dalam 1 adunan tu (lbh dari 100pcs , boleh plak dalam 35 biji tu tak gebu ) . nak cakap bantat tak plak beberapa nak bantat Cuma dia tak segebu seperti “batch “ adunan nya .

Bukan senang nye nak buat apam , nak mixer, lukis dan kukus  lagi ..sebagai contoh apam didi &friends, mengambil masa selama 1jam untuk lukis saje .. susahkan ..lepas dah sakit tengkuk melukis apam dan kukus tgk2 hasilnya tak seperti yang ko harapkan.. Ya Allah sakitnya di situuuu…

Pada Mulanya aku sangka , kukus aku yang bermasalah sbb ada nmpk asap keluar dari kukus (wap air ) . so mulakan aku sumbat sana sini untuk elakkan wap tu keluar . Pada awalnya agak berhasil idea tu , tapi  selepas 3 4 kali menguku, jadi balikkkk… aiyoooooo!!

Oleh sebab itu., aku pun belilah kukus baru. Sedih kooo!! Bukan sedih nak keluarkan duit tpi sedih sebab dah 6 tahun kukus tu berjasa dengan aku . Berpuluh ribu kot apam hasil dari kukusan tu … tak pe la.. dah smpi utk dia berehatkan… ku izinkan ko berehat cik kukus .

Beli di kedai Saaka, Nilai lama 


Aku beli kukus size 36 berharga RM100 (after disc) . Patern kukus baru ni lain ckit . ada 2 loyang pengukus . Loyang pertama lubang kukusan jenis standard , dan lagi satu lubang kukusan agak kecil  berbeza dengan kukus yg lama di mana both loyang pengukus sama size lubang .whatever la lubang mcm mana kan, asalkan boleh berfungsi dengan baik .
alhamdullilah, kukus berfungsi dgn baik sekali tetapiiii semalam aku siapkan tempahan apam , episode bantat kembali lagiii... ya ampunnn sedihhhh!!yang peliknya , apam yang tak berapa gebu dan bantat adalah datangnya dari Loyang yang besar lubangnya (Loyang ni boleh muatkan 45pcs acuan apam tpi yg bantat separuh darinya manakala baki apam  hasilnya gebu ).. pelik tapi benar !! 

lubang kukusan yang berbeza

Loyang pengukus berlubang kecil , hasilnya agak memuaskan ..tak ada masalah  .. so guys , what do you think ?? can anyone advise me ?? sesapa yang pernah ada masalah mcm ni , please share your problem ye .,.. so kita blh cari jalan penyelesaian ..

So sini , ada beberapa perkara yang menyebabkan apam bantat .. saya ambil dari mingguan wanita .
jadi sama-sama kita fikirkan yeahh!
1. Kalau buat apam ni selalunya ada bahan pengembang seperti yis, eno, baking soda dan ada juga tambah bahan pemantap seperti ovalette. Jika tanpa bahan semua tu, fungsi utama bahan pengembang dan penggebu jatuh kepada telur. Kesian telur terpaksa galas semua tugas atas bahu sendiri hehe.. jadi mohon putar telur tu sampai gebu berbuih putih macam mak korang buat bauhulu tu baru masuk tepung. Jangan la kau baca je kata masuk blender, kau masuk semua bahan sekaligus dalam tu je. Memang bantat la apam tu
Jawapan aku : betul !untuk apam polkadot baking powder dan ovalete is A MUST !!pernah aku terlupa letak ovalete .tak berapa nak kembang adunan aku . Bila letak Ovalate cantik adunan aku .
2. Kukus juga memainkan peranan. Balut penutup kukus dengan kain tuala bersih atau ada tudung bawal aidijuma kau dah tak pakai tu boleh jugak guna. ini supaya air tak tumpah atas apam. Kes air tumpah tu apam kau jadi berkedut kedut tak naik sebab berat air tumpah atas dan air juga masuk adunan tu apam kau jadi bantat sebab dah bercampur air

aku ::oleh jadi ini salah satu kes aku .Mungkin kain yang selalu aku guna untuk balut pengukus dah tak  berapa nak menyerap wap air . So menyebabkan beberapa aku bantat or tak gebu !  yelah kalau dalam 1 Loyang kukus tu separuh apam  bantat dan separuh lagi gebu tak ke pelik ??  


3. Tips paling senang, balut permukaan acuan dengan aluminum foil supaya air tak tumpah atasnya, baru apam nampak gebu, kering dan elok je.

aku ::try pagi tadi tpi xberapa naik sgt seolah2 aluminium foil menyekat pengembangan apam tu . tpi kalau korang nak cuba bleh ajeee...


4. Masa masuk periuk kukus, pastikan kukus tu mendidih dan panas. apam akan naik dengan cantik jika kukusan panasnya cukup. Kalau masuk dari awal, apam kau naik sikit je dah bantat.. masa kukusan dah panas apam kau memang dah tak boleh kembang dah sebab dari awal dah bantat hahaha

aku :::ini betul !! pastikan air btul mendidih dan menggelegak ! so baru masukkan apam .. api pun jaga . jangan terlalu kecil dan tidak terlalu besar . masa mengukus 10 ke 15 minit .


setiap cabaran pasti ada jalan penyelesaian. So don't give up !! teruskan urusan . so inshallah aku akan berusaha untuk cari punca apasal apam aku bantat  kan !

so sekian buat kali ni .
terima kasih kerana sudi membaca.

xoxo,
adda mia kayra


















Saturday, December 9, 2017

Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah

salam

Hari ni nak update pasal Hari Anugerah  kecemerlangan 2017 di Sekolah Carlish . Alhamdullilah, carlisha dapat hadiah kecemerlangan kategori Matapelajaran terbaik bagi subject Bahasa melayu penulisan .

Dia dapat full marks 100% untuk subject tersebut. Tahniah carlish !! I am sooooo proud of you.

Nama Carlisha terpampang di situ !!


Bgi kedudukan dalam kelas , carlish tempat ke 8 dari 41 pelajar  manakala kedudukan dalam darjah tempat ke 10 dari 207 pelajar .. Alhamdullilah , satu permulaan yang terbaik bagi Carlish .

keputusan Final Exam Carlish

Carlish dalam  kelas DLP (dual language programme ) jadi persaingan untuk mendapat top 3 agak sukar tpi tak susah kalau usaha lbh gigihkan..tapi dah ok da tu nak ..Semoga kejayaan selalu dengan kamu ye Carlish ..

.apa itu DLP ?? ramai kawan2 aku bertanya pasal ni . So inshallah kalau ada kelapangan masa, aku akan review pasal DLP memandangkan carlish dah lepas Tahun 1 aliran DLP dgn jayanya kan so why not aku share pengalaman dan buku rujukan aka latihan buku Sn&mt .. Inshallah ..will share soon . secara ringkasnya bagi Subject Sains dan Math di ajar dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya .



so lupa pasal DLP tu , nnt ada masa aku update ye ..sebagai ibu, aku bangga dengan kejayaan anak  aku . Alhadulliah , Allah makbulkan doa-doaku . Semoga Carlish terus Berjaya di masa hadapan ,

Cita-cita carlish nak jadi doctor, beberapa hari lepas , borak-borak kosong sesama kami .

katanya" Nnt bila carlisha jadi Doktor, adik (kayra ) jadi pembantu Carlish . Mama bagi ubat pada orang yang datang , bagi kertas nnt dorg blh isi (pembantu klinik la kot ) papa ??papa pencuci toilet !!"

pecah perut aku gelakk!! Mr husband nak marah tapi tak jadi ..
aduhai !! carlish oh carlish ..

tgk pada result , subj pendidikan islam agak lemah di situ. Zaman mama carlish dlu , PI adalah aling senang nk scorekan . aku tgk pada kertas soalan , soalan semuanya agak senang tpi di sebabkan semuanya dalam jawi jadi carlish susah nak jawab kerna dia kureng pandai baca jawi .

Cuti sekolah kali ini, mmg aku plan nak SIT dgn dia untuk memperkukuhkan jawi dia . anak2 korang ada masalah membaca dalam jawi x??apa yg korang buat erk?? nnt share ye ..

so smpi di sini entry aku .. inshallah will update more soon ..

xoxo,

adda mia kayra





Friday, October 6, 2017

ubat cacing

salam ..

hari ni aku nak  buat enrty pasal ubat cacing .beberapa hari yang lepas sewaktu aku bersihkan poo poo cik kayra, aku perasan ada "entiti " ganjil di poo poo nya ,.. apakah itu ?? alahhhh.. macam cacing jeeeee... geli plak aku tgkkkkk...

terus aku wassap en suami , dan seterusnya ajak di ke farmasi untuk beli ubat cacing . before that , kalau ikut buku imunisasi kanak-kanak , kanak-kanak berumur 2thn dah patut di beri ubat cacing . tapi since aku stop check up kayra selepas saringan autism dan last jab setahun 6 bulan  , so aku tertinggal part ubat cacing tu ..
.
so lepas ni akan aku alert dan wajibkan anak-anak aku ambil ubat cacing sekurang-kurangnya setahun sekali (seeeloknya 6 bulan sekali _).. so pagi tadi  breakfast di mamak Al-Ritzwan  di area Desa Melati . kebetulan selang dalam 2 buah kedai , ada klinik An-Nessa di situ . Jadi aku beli ubat cacing jenis chew tab buat carlish dan kayra .

Harga ubat ni Rm8/pack dan  setiap pack ada 2pcs. Lepas breakfast terus bagi Carlish & Kayra makan . Si Carlish senang aje makan ..kunyah-kunyah telan .tapi Si kayra tu payah la plak nak makan. ingatkan beri yang jenis macam ni dia senang nak makan rupanya susah jugak . so terpaksa la aku pecah-pecahkan jadi seperti serbuk dan suapkan dia makan .

untuk jenis  macam ni , kanak-kanak bawah umur 2thn cuma makan 1tab saje . So lagi 1 pack aku boleh simpan utk stok tahun depan ataupun aku sendiri yang makan .. hi hi hi
Aku beli jenis yang macam ni. Noxworm


Tanda-tanda kecacingan:-

* Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
* Alahan kulit yang teruk - bengkak atau ruam & gatal terutama pada waktu malam
* Gatal sekitar lubang najis (dubur)
* Alahan terhadap makanan
* Sakit perut - cirit-birit, kembung, sembelit
* Anemia - kurang darah (ada cacing yang menghisap darah)
* Keletihan luar biasa - lesu, kurang tumpuan, kemurungan, gelisah, demam
* Tiada selera makan, pucat,
* Kurang berat badan walaupun selera makan ada
* Mengetap gigi ketika tidur malam (grinding of the teeth at night)
* Kedutan dan lingkaran hitam pada kelopak mata
* Hiperaktif
* Sakit kepala
* Sensitif terhadap cahaya
* Gusi & hidung berdarah
* Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)

Tidak semua jangkitan cacing itu merbahaya tetapi rawatan serta pencegahan awal harus dipertimbangkan demi kesihatan & kualiti hidup.

Cara-cara mengelak jangkitan cacing

* Amalkan kebersihan diri & rumah - cuci tangan sebelum & selepas makan
* Cuci tangan selepas keluar tandas
* Cuci tangan selepas menyentuh haiwan peliharaan anda, periksa juga sekiranya ia dijangkiti
* Pakai kasut apabila keluar rumah
* Basuh sayur-sayuran & buah-buahan dengan teliti terutama yang dimakan mentah
* Masak ikan & daging dengan suhu yang sesuai
* Jumpa doktor sekiranya terdapat tanda-tanda kecacingan yang serius
* Makan ubat cacing mengikut jadual tetap (setiap 6 bulan)
* Sekiranya salah seorang ahli keluarga telah dijangkiti, semua ahli keluarga harus mengambil ubat cacing juga.

so guys, please alert ye.. Carlish pun last makan ubat cacing ketika umur 3 tahun kalau aku tak silap. Ubat cacing yang jenis cecair brand Zentel . so di harapkan lepas ni Persatuan Cacing sedunia akan pencen dari duduk dalam perut kita semua yee...

ok sekian !!
babai ..

xoxo,
adda mia kayra


Saturday, September 30, 2017

cara halau tikus !! ohh rombongan cik siti datang lagiiii


Salam …

Sebut nama “cik SIti” semua orang akan mengeluh. Sape tu “cik siti ‘?? Cik siti a.k.a tikus … adoiii!! Kalau ada je tikus yang buat rombongan rumah memang runsing kepala dan menghalau dia keluar . Bukan senang weh nak halau dia keluar .

Balik aje dari kampung  sempena Raya Haji , tgk  keadaan rumah seperti ada perubahan . ohmaiiiii dalam 4 hari tak da dirumah “cik tikus” buat project kat rumah plak . maka langkah pertama , aku pasang perangkap tikus . Husband guna ikan goreng sebagai perangkap. Korang nak tahu . bawah sofa aku di jadikan  sebagai “kubu pertahanan “ bagi dorg. Habis berlubang  dan bau kencing  tikus. Geram aku di buatnya ..

Malam tersebut , seekor tikus berjaya masuk dalam perangkap. Fuhhh lega .. tapi husband kata dia ada seekor sbb bila seekor dah masuk , lagi seekor pun menyorok bawah mesin basuh .. whattttt!!!! Oh ini tak boleh jadi .. esok nya kami pasang perangkap lagi .

serai wangi




Bau kencing tikus ni agak susah nak hilang bau . mula –mula aku pakai serai wangi , tapi bau still tak hilang, Makin kuat bau adalah . So husband advise untuk aku lap gunakan Dettol antiseptic. its work u'olssss.. bau Dettol ni agak tajam so meleyapkan bau kencing tikus ..
malam kedua perangkap tak mengena . the next day pun sama jgak .. tikus tak nak masuk. dah cerdik kot tikus ni.yelah dah Nampak kawan masuk perangkap, takkkan nak masuk lagi plak kan !! serah nyawa kalau macam tuuuu.. hihi hi ..
tikus tak masuk perangkap tapi dia "hijack ' bilik tidor aku nak gigit jari akuu... wahhhhhhhhh!!! dah kenapa jari aku plak ko gigit wahai tikusssss!! kuang jaqqq!!mungkin dia marah kott!! ehhhh aku lagi marah tawwwww!! hu hu hu nasub baiklah aku yang di gigit . kalau carlish atau kayra yang di gigit acane plakkk.. huuuu,,, serammm..
so pagi tu aku ke klinik untuk elakkan sebarang jangkitan kuman akibat gigitan tikus. dia gigit hujung jari manis aku dan tak de lah luka teruk pun . Smpi ke klinik , Doktor bagi aku 1 injection !! terpinga jgak aku ...

"Dr.. memang kene ambil injection ke walaupun luka saya ni ckitttt jeeee"
jawab Dr " perlu !! walaupun sikit tapi kita tak tahu apa kuman yg tikus tu ada . kalau awak tak datang ke klinik , kemungkinan boleh lumpuh akibat jangkitan kuman oleh gigitan tikus "

oooo... nasib balik lah aku terrajin nak ke klinik. itupun jiran aku yang suruh. kemudian aku dia beri antibiotic dan perlu habiskan dalam masa seminggu . Sekiranya ada demam sekitar hri ke 3-hari ke 5 selepas gigitan , aku perlu ke klinik balik.

bahayakan !! walaupun gigitan hanya sedikit!!
so sejak dari tu, aku lancarkan perang pada TIKUS !! aku beli serai Wangi yang botol besar , dan sembur di setiap pelusuk rumah . aku duduk di apartment. persekitaran luar berdekatan dengan tong sampah di blok. Dan aku haraplah sgt jiran aku ni tidk buang  sampah di hadapan pintu unit mereka (dorg ni jenis malas tawwww!!harap dgt cleaner maintenance utk kutip sampah tu ) sbb sikap dorg ni lah mengundang tikus bertandang ... so sebersih mana pun dalam rumah, tpi persekitaran luar haprak, tetap mengundang tikus masuk ke rumah untuk cari makanan .,

emo plak aku !!next time ko gigit dorg plak tikus !! dah buntu sangat nak halau , maka kawan aku bagi aku cuba 1 racun tikus ni. rumah dia pun baru saje selesai bertempur dengan tikus . jadi aku ubah strategi aku gunakan biskut peanut dan taburkan racun di sekeliling biskut dan letakkan di bawa sofa (sbb di selalu ada kat situ utk makan kayu sofa )

racun tikus ..


the next day aje aku tgk di da terdampar dalam toilet , fuhhh!! alhamdullilah .. habis 1 masalah .. petang tu aku dah husband pasang "net" di setiap tingkap  toilet dan dapur (laluan tikus ) .. harapan aku semoga dia "serik" nak  masuk rumah. aku plak setiap malam sebelum masuk tdo , aku akan sembur serai Wangi di sekeliling dapur .
now, Carlish labelkan aku OCD plak .. pantang bersepah aje aku dah bsing .. bukan OCD wahai anak, cumamama trauma dgn tikus!! 
so kat sini ada lagi beberapa cara untuk halau tikus, maybe korang boleh ikut cara yang lain. so nnt bila berhasil kita share pengalaman masing2 ye .



1. Daun Pandan
Daun pandan bertindak sebagai agen pewangi semula jadi untuk kediaman anda. Tikus juga tidak menyukai daun pandan. Selain itu juga, anda boleh jimat dengan tidak membeli pewangi kediaman yang mahal.
dah try..tpi tak menjadi
2. Daun Semambu
Letakkan daun semambu di laluan tikus. Ianya juga boleh merawat demam.
tak tahu mana nak cari daun semambu
3. Daun Durian Belanda
Caranya letakkan beberapa helai daun di tempat yang selalu dilalui tikus atau sarang tikus. Gantikan daun itu selepas 2 atau 3 hari sekali di tempat yang sering menjadi laluan tikus. Letakkan juga di dalam almari pakaian.
Insya-Allah, tikus tidak akan datang lagi.
ya allah .. daun ni susah nye nak jmpa
4. Jering
Letak jering dengan tangkai-tangkainya sekali dekat dapur. Biarkan di dapur sampai kering.
rumah ibu ada pokok jering , tapi lupa nak minta kat ibu ..alasan kan !
5. Serbuk Lada Hitam
Taburkan serbuk lada hitam di tempat ada tikus atau laluan tikus itu.
aku tabur dalam bilik. Belum sempat tikus melawat dia da "kiok "
6. Buah Pong-Pong
Buah Pong-Pong juga boleh digunakan untuk menghalau tikus. Letakkan pada kawasan yang disyaki ada tikus. Insya-Allah tikus tidak akan datang lagi. Bagi yang pertama kali dengar nama buah Pong-Pong, boleh dapatkan maklumat lanjut dari Wikipedia.
Amaran: Buah Pong-Pong adalah beracun. Jangan dimakan.
7. Buah Mengkudu
Ambil dua atau tiga biji buah mengkudu. Potong mengkudu itu menjadi beberapa bahagian. Letakkan ia di dalam mangkuk di kawasan yang sering dilalui tikus. Bau buah mengkudu yang menyengat dapat menghalau tikus.
8. Minyak Pudina
Sapukan minyak pudina pada kain dan letakkan pada di tempat yang sering menjadi laluan tikus. Insya-Allah tikus tidak akan datang lagi kerana tikus tidak menyukai bau pudina.
9. Kapur Barus
Hancurkan beberapa kapur barus (kasar-kasar), kemudian taburkan di kawasan yang menjadi ‘lubuk’ tikus itu. Cara ini cukup efektif kerana tikus sememangnya tidak suka dengan bau kapur barus yang cukup menyengat.
Cuma petua halau tikus menggunakan kapur barus agak tidak sesuai bagi yang ada anak kecil. Takut anak-anak ingat itu adalah gula-gula!
10. Cat Badan Tikus
Tangkap seekor tikus, kemudian lumurkan badannya dengan cat berwarna terang seperti warna merah, kemudian lepaskan. Tikus tersebut tidak akan datang lagi, malah turut membuatkan tikus-tikus lain berasa takut untuk mengganggu kediaman anda.

11. Kulit Durian

Letakan beberapa potongan kulit durian tersebut di tempat-tempat yang selalu dilalui oleh tikus. Bau kulit durian yang menusuk hidung dan berduri pastinya akan membuatkan tikus gerun untuk datang ke rumah anda.

12. Bela Kucing

Petua halau tikus ini hanyalah untuk orang yang sukakan kucing. Peliharalah kucing di rumah anda, pastinya tikus akan takut untuk datang ke rumah anda. Kucing adalah musuh utama tikus. Cuma jangan bela kucing mahal yang cuma pandai tengok tikus lalu sahaja.

13. Buah Kepompong
Letakkan beberapa biji buah kepompong muda atau masak di sarang tikus.

14. Perangkap Tikus
Letakkan perangkap tikus (perangkap jaring atau gam tikus) di laluan yang sering dilalui tikus.

15. Tutup Semua Laluan Masuk Tikus

Tutup semua laluan yang membolehkan tikus masuk ke rumah. Pasangkan jaring atau tutup terus laluan masuk. Jangan sampai ada sedikit ruang kerana tikus boleh melepasi ruang sempit itu.

16. Guna Serai Wangi
Petua halau tikus yang terakhir ialah dengan menggunakan serai wangi. Ada banyak produk serai wangi di pasaran dalam bentuk semburan. Ia efektif bukan sahaja untuk tikus, malah untuk haiwan perosak dan serangga yang lain.

17. Lantik syarikat pengendali haiwan perosak (pest control)

Kalau ada modal lebih, cari penyedia servis yang benar-benar berkebolehan membantu kita menyelesaikan masalah ini. Ada jenis orang yang geli untuk pegang tikus mati. Maka, syarikat seperti ini boleh membantu
selamat mencuba ..
babai ..

xoxo,
adda mia kayra












Tuesday, September 12, 2017

Apam : apam didi&friends

Salam ....

apam didi&friends


100pcs RM40 
50pcs RM25 

Fillng : choc /strawberry /blueberry / kaya /pandan 

Free delivery : Nilai , bandar baru salak tinggi , kota warisan , kota seriemas , bandar enstek 

Wassap adda : 016 2596165 untuk tempahan 



Review : makeup brush dari MINEYO

Salam .


Hari ni aku nak review brush make up dari kedai MINEYO ..


Kedai MINEYO menjual barangan yang kebanyakkannya dari Korea. Ada barang makeup , perfume , sikat rambut dan pelbagai lagilah .. Harga barang agak murah sekitar RM5 ke RM30 bergantung pada jenis barang. Kedai MINEYO yang aku pergi ni di mydin mall ayer keroh . Kalau di tempat aku memang tak de or belum ada lagi. Di harapkan dgn wujudnya AEON (jusco ) di Nilai pada 2018 , adalah kedai2 macam MINEYO , YUBISO dan yang seangkatan dengan nya .. 
.
So hari ni aku try beli brush make up MINEYO. Ada pelbagai jenis brush so korang pilih aje mana yang korang berkenan . Aku terkenan yang ini . Hi hi hi .. Padahal aku cari brush powder sajerrkk.. Memandangkan harga brush powder (single ) RM15 manakala set of brush makeup RM20 so aku belilah yang set ... Berbaloiiikan ... Pilihan yang bijakkk...
.

Dalam set ni ada brush shading or contour (untuk hidung) ,angle brush (brush untuk conceal bawah kening ) , brush powder , lip brush dan eye shadow brush .

Pada pandangan aku berus nya ok-ok lah .. Berpatutan yang harganya .hakak ni surirumah ajerr.. He he .. Hasilnya boleh tahan dan brushnya tidaklah terlalu lembut dan tidaklah terlalu keras .. So-so .. For beginner, brush ni sesuai di gunakan. Dah terer nnt dah lah beli brush yang lebih berkualiti kan . 

Okeh sekian untuk kali ni

Terima kasih sudi membaca 

Xoxo, 

Adda mia kayra 



Friday, August 11, 2017

Kisah gigi bongsu keduaku part 1

Assalamualaikum...

Agak lama aku tak update blog ni.Sorry aku bizi ckit dgn pelbagai urusan. Dah jadi mommy of 2 daughter ni makin bizi kehidupan aku... Lbh2 lagi cik kayra yang makin membesar dan lasakk.. Fuhhhh...


Kisah ko lagi wahai gigi bongsu ku.. 

So entry kali ni berkaitan dgn kisah gigi bongsu aku yg kedua.(wisdom tooth) .  Sepatutnya aku di operate sekitar oktober 2014 iaitu 2 bulan selepas gigi bongsu (belah kiri) aku di buang. Tetapi di ketika itu aku preggykan kayra so Doktor nasihatkan aku utk tundakan tarikh selepas aku bersalin. 

So gedebak gedebuk selepas hmpir 3 thn,  barulah aku decide utk buang gigi bongsu aku yang kedua.. Bayangkan berapa lama aku menanggung kesakitann.. Ouchhhhh!!!!

Jadi pertengahan Julai, aku ke klinik pergigian salak utk dapatkan surat rujukan ke hosp putrajaya. Selepas di periksa Dr tu kata "owhh.. Kat sini pun boleh buat puan. Tak perlu ke Hosp utk bedah gigi puan tu. Saya akan cuba cabut dlu jikalau gagal,saya akan bedah gusi puan" . 

So aku pun ok aje lahhh...sbb malas nak bersesak di hosp putrajaya.. Nak cari Parking kat sana kalau 5x  pusing pun tak akan jumpa..so Doktor pun buat appointment pada 1 Aug..  Yang aku pelikkkk... Nape dia tak xray gigi aku erkkk?? Owhh itu pertanyaan yang aku luahkan.. Sbb previous gigi,Dr di klinik buat xray sebelum issuekan aku surat rujukan..

So aku beranggapan yang Dr tu akan refer pada xray lama aku (xray tahun 2014) .. So balik ke rumah makan puas2 sbb nnt bila da operate nnt kene berpantang makan .. Ha ha.. Makan bubur selama 2 minggu babe ! 

So apa cerita seterusnya akan aku update pada part 2 .. 

Thanks sebab sudi baca celoteh aku yang tak seberapa nih !

Xoxo, 

Adda mia kayra 

Monday, April 24, 2017

AKPK

Salam subuh

hari ni aku ada urusan dengan AKPK. Tido tak lena aku di buatnya . fuhhh... rasa seram babe !!tapi dalam hati berkata-kata jugak " sesuatu perkara yang baik , inshaaallah ALLAH mudahkan .So hari ni kebetulan Negeri Sembilan cuti (PH berganda sebab semalam israj mikra' dan pertabalan Yang Di Pertuan Agong )jadi aku bawa carlish dan kayra sekali ..

Tunjukkan pada anak-anak , selama mana pun hutang itu kita tak bayar, cari jalan penyelesaian . Bukan sekadar diam sahaja . Nnt mati Roh terawang-awangan .. Alhamdullilah baru sekarang dapat kesedaran ..

Hutang aku mungkin tak berapa banyak . Credit limit Credit Card adalah 4K, akibat tertunggak dari Mar2010, jadi sudah membelon sekitar RM18K.. fuhhh.. panahan RIBA!!minta nego pun , diorg sekadar bagi RM12K ajee,, org gila aje yang akan bayar amount yang tak masuk akal tuuu..

Jadi aku mula rujuk pada AKPK.. satu lagi loan hire purchase aku. Kereta aku let go pada adik aku , selepas 2tahun dia tak mampu nak bayar dan kereta di Tarik dan de lelong ... so tangunglah aku hutang yang pada dasarnya bukan salah aku .. sedihkan !!

tetapi awal Jan 2017, aku da mula bayar baki loan kereta balik. Di sebabkan komitmen yang tinggi , aku rasa kene refer AKPK jugak ... jadi kawan2 yang membaca blog aku ni , Doakan urusan aku di permudahkan nya ..

Credit card aku pada dasarnya dah lebih dari 7thn , tiada dalam rekod CTOS dan tiada tindakkan penghakiman . ada jgk  kawan2 legal , advice dalam limitation Act , (bad debt ) , so bank dah tak boleh buat apa2 tuntutan . Tapi sebagai muslim , tak perlu lari kot .. biarpun hutang 20 tahun, perlu bayar jugak.. nnt terawang-awangan ROH nnt ..


oklah ... update sampai di sini je , nak prepare breakfast buat anak2, so nnt di ofis AKPK xdelah lapar sgt .

doakan  terbaik buat aku dan family.

amin ...

xoxo,
adda mia kayra

Saturday, April 15, 2017

bagaimana untuk dapatkan laporan CCRis secara online

assalamualaikum

Hari ni nak cerita cara untuk dapatkan Laporan CCRIS dari bank Negara secara online. Aku ceritakan dari pengalaman sendiri. Aku sekarang dalam urusan untuk membuat AKPK bagi pinjaman lama aku.

Hutang wajib di bayar tapi bila interest mengunung tu, so membuat hajat kita terbantut! yelah mana nak cekau duit bebanyakkan ..  so buat masa ini aku cerita cara untuk dapatkan Laporan CCRIS tanpa pergi ke Bank Negara.

Aku tinggal di Nilai, so perjalanan ke bank Negara tu lebih kurang 1jam . Tapi Mr husband tak benarkan aku pergi sbb katanya susah nak parking lah , jalan jem lahh.. dan macam-macam lagi . nak naik komuter plak , kene bawa kayra dan strollernya skali. So kesian plak pada dia nnt sbb stesen Komuter Nilai xde lift. So mcm mana aku nak  dukung dia sekali dengan bawa stroller nnt !! parah aku nnt ... sadis kan !

bukak website bank Negara http://creditbureau.bnm.gov.my/reportobtain.html dan aku Nampak ada cara untuk request Laporan CCris secara online . So aku cuba dapatkan melalui cara tersebut . So berikut adalah procedurenya :

"If you are requesting a credit report personally at BNM LINK, Head Office or Bank Negara Malaysia Regional Offices/Branch, please bring along your MyKad and any other supporting documents that can verify your identity such as your driving licence or passport. The credit report will be given to you during the visit.

If you are requesting a credit report via correspondence, you may apply for it by completing and sending us the following:

  •       Credit Report Request Form (CRR);
  •       Loan Declaration Form;
  •       A clear photocopy of your MyKad (both sides); and
  •       Any combination of two other documents (with your name and address stated clearly on each copy) from the following:
  •                      Driving license;
  •                      Utility bills such as water bill, electricity bill, telephone bill or ASTRO bill;
  •                      Bank account statement;
  •                      Credit card statement; or
  •                      EPF statement.
The Credit Report Request Form and Loan Declaration Form are available from our website, creditbureau.bnm.gov.my or click here to download the form [PDF, 26K]

Please mail, fax or email the completed forms and supporting documents to BNMTELELINK, Bank Negara Malaysia at:

            BNM TELELINK
            Jabatan LINK dan Pejabat Wilayah
            Tingkat Bawah, Blok D
            Bank Negara Malaysia
            Jalan Dato' Onn
            50480 Kuala Lumpur
            Fax No: +603 2174 1515
            Email: bnmtelelink@bnm.gov.my   "

dah dapat info tersebut maka terus preparekan dokumen yang di perlukan .

download form di atas dan isikan . ada  2 borang yang perlu di isi iaitu ,
- borang permohonan laporan kredit
-borang pengistiharan pinjaman

aku sertakan 3 supporting dokumen yang mewakili diri kita iaitu IC copy depan belakang, Driving licience depan belakang dan  Salinan passport .

untuk yang tak de scanner blh install apps  "quick PDF scanner " di phone (android) . Scan dan send email kan dokumen yang di perlukan  dalam bentuk PDF. lebih kurang dalam 5 hari waktu bekerja , aku dapat  jawapan dari BNM.

Dah dapat email, korang kena call bank Negara untuk dapatkan password ZIP bagi laporan CCRis .so senangkan ..

Save minyak dan tenaga untuk ke Bank Negara . Jadi inilah pengalaman aku mendapatkan Laporan CCris secara online .

Next nnt , aku ceritakan urusan aku ke AKPK ye ..

Selamat mencuba .

babai,
xoxo,
adda mia kayra



Tuesday, April 11, 2017

Apam hello kitty ?

Assalamualaikum !!!!


Hari ni hakak terlebih rajin untuk update blog ni . Lately ni dapat banyak tempahan apam hello kitty ! Comelkan!!



Ini apam hello kitty version color purple 


Yang version color pink 
Yang ni version color merah !!


Harga apam hello kitty hakak , tetap sama walaupun situasi harga barang skrg suka suki aje nak naik kan !! So sesiapa yang nak buat tempahan boleh wassap 016 2596165

Harga apam hello kitty 

100pcs RM40 
50pcs RM25 

Filling :strawberry, blueberry , choc, kaya dan pandan 
Delivery :area Nilai (saya penduduk Nilai ) ,sekitar klia , bandar baru salak tinggi , kota warisan 


Sekian , terima kasih 

Xoxo.  
Adda mia kayra 









Kayra oh carlisha !

Assalamualaikum ...


Agak lama aku tak merepek di laman blog aku nih. Sejak beranak 2 ini agak sukar untuk aku dapatkan "ME" time. Ipad plak memang dah di conquer oleh Cik kayra yg comel tu. di kala malam , aku sibuk untuk siapkan tempahan apam polkadot (alhamdullilah rezeki ) so memang tak de nak fikir pasal update blog. jangan katakan update blog ! Nak update gambar apam di akaun insta hakak pun xde masa jahhh!! 

Nampak bebenor hakak bizi kan ! Alhamdullilah carlish dah menjejak ke darjah 1. So banyak masa aku untuk uruskan hal dia. Seawal 6 pagi bangun , solat ,siapkan breakfast dan bekal, siapkan kelengkapan dia dan seterusnya hntr cik carlish ke sekolah . 

Last month adalah first ujian 1 carlisha. alhamdullilah keputusan nya amat membanggakan aku dan Mr husband . Tak sia-sia aku jadi "mama LION" ketika mengajar dia di rumah !! Aku ni garang wehhh! N

*Carlish dapat 7A dari 7 subject 
*kedudukan dalam kelas :7/40 
*kedudukan dalam Darjah : 11/202 

So next month (May ) akan ada ujian penggal pertama . So di harapkan carlish dapat buat yang terbaik..amin 


Ok babai 

Xoxo, 
Adda mia kayra