Monday, April 24, 2017

AKPK

Salam subuh

hari ni aku ada urusan dengan AKPK. Tido tak lena aku di buatnya . fuhhh... rasa seram babe !!tapi dalam hati berkata-kata jugak " sesuatu perkara yang baik , inshaaallah ALLAH mudahkan .So hari ni kebetulan Negeri Sembilan cuti (PH berganda sebab semalam israj mikra' dan pertabalan Yang Di Pertuan Agong )jadi aku bawa carlish dan kayra sekali ..

Tunjukkan pada anak-anak , selama mana pun hutang itu kita tak bayar, cari jalan penyelesaian . Bukan sekadar diam sahaja . Nnt mati Roh terawang-awangan .. Alhamdullilah baru sekarang dapat kesedaran ..

Hutang aku mungkin tak berapa banyak . Credit limit Credit Card adalah 4K, akibat tertunggak dari Mar2010, jadi sudah membelon sekitar RM18K.. fuhhh.. panahan RIBA!!minta nego pun , diorg sekadar bagi RM12K ajee,, org gila aje yang akan bayar amount yang tak masuk akal tuuu..

Jadi aku mula rujuk pada AKPK.. satu lagi loan hire purchase aku. Kereta aku let go pada adik aku , selepas 2tahun dia tak mampu nak bayar dan kereta di Tarik dan de lelong ... so tangunglah aku hutang yang pada dasarnya bukan salah aku .. sedihkan !!

tetapi awal Jan 2017, aku da mula bayar baki loan kereta balik. Di sebabkan komitmen yang tinggi , aku rasa kene refer AKPK jugak ... jadi kawan2 yang membaca blog aku ni , Doakan urusan aku di permudahkan nya ..

Credit card aku pada dasarnya dah lebih dari 7thn , tiada dalam rekod CTOS dan tiada tindakkan penghakiman . ada jgk  kawan2 legal , advice dalam limitation Act , (bad debt ) , so bank dah tak boleh buat apa2 tuntutan . Tapi sebagai muslim , tak perlu lari kot .. biarpun hutang 20 tahun, perlu bayar jugak.. nnt terawang-awangan ROH nnt ..


oklah ... update sampai di sini je , nak prepare breakfast buat anak2, so nnt di ofis AKPK xdelah lapar sgt .

doakan  terbaik buat aku dan family.

amin ...

xoxo,
adda mia kayra

No comments:

Post a Comment