Saturday, December 16, 2017

kenapa apam aku bantat !! apam bantat


Salam..



Hari ni nak update pasal apam . ntah kenapa latetly ni apam aku tak segebu yang dlu. Kadang-kadang bantat taw ! puas aku fikir punca bantat dan elakkan dari apam bantat tapi masihhhh jadi jugak.. Allahu !! tabahlah akuu..

Apam pokeball


Aku akan senaraikan antara  sebab apam bantat dan aku beri jawapan  dari pengalaman aku .korang bayangkanlah , dalam 1 adunan tu (lbh dari 100pcs , boleh plak dalam 35 biji tu tak gebu ) . nak cakap bantat tak plak beberapa nak bantat Cuma dia tak segebu seperti “batch “ adunan nya .

Bukan senang nye nak buat apam , nak mixer, lukis dan kukus  lagi ..sebagai contoh apam didi &friends, mengambil masa selama 1jam untuk lukis saje .. susahkan ..lepas dah sakit tengkuk melukis apam dan kukus tgk2 hasilnya tak seperti yang ko harapkan.. Ya Allah sakitnya di situuuu…

Pada Mulanya aku sangka , kukus aku yang bermasalah sbb ada nmpk asap keluar dari kukus (wap air ) . so mulakan aku sumbat sana sini untuk elakkan wap tu keluar . Pada awalnya agak berhasil idea tu , tapi  selepas 3 4 kali menguku, jadi balikkkk… aiyoooooo!!

Oleh sebab itu., aku pun belilah kukus baru. Sedih kooo!! Bukan sedih nak keluarkan duit tpi sedih sebab dah 6 tahun kukus tu berjasa dengan aku . Berpuluh ribu kot apam hasil dari kukusan tu … tak pe la.. dah smpi utk dia berehatkan… ku izinkan ko berehat cik kukus .

Beli di kedai Saaka, Nilai lama 


Aku beli kukus size 36 berharga RM100 (after disc) . Patern kukus baru ni lain ckit . ada 2 loyang pengukus . Loyang pertama lubang kukusan jenis standard , dan lagi satu lubang kukusan agak kecil  berbeza dengan kukus yg lama di mana both loyang pengukus sama size lubang .whatever la lubang mcm mana kan, asalkan boleh berfungsi dengan baik .
alhamdullilah, kukus berfungsi dgn baik sekali tetapiiii semalam aku siapkan tempahan apam , episode bantat kembali lagiii... ya ampunnn sedihhhh!!yang peliknya , apam yang tak berapa gebu dan bantat adalah datangnya dari Loyang yang besar lubangnya (Loyang ni boleh muatkan 45pcs acuan apam tpi yg bantat separuh darinya manakala baki apam  hasilnya gebu ).. pelik tapi benar !! 

lubang kukusan yang berbeza

Loyang pengukus berlubang kecil , hasilnya agak memuaskan ..tak ada masalah  .. so guys , what do you think ?? can anyone advise me ?? sesapa yang pernah ada masalah mcm ni , please share your problem ye .,.. so kita blh cari jalan penyelesaian ..

So sini , ada beberapa perkara yang menyebabkan apam bantat .. saya ambil dari mingguan wanita .
jadi sama-sama kita fikirkan yeahh!
1. Kalau buat apam ni selalunya ada bahan pengembang seperti yis, eno, baking soda dan ada juga tambah bahan pemantap seperti ovalette. Jika tanpa bahan semua tu, fungsi utama bahan pengembang dan penggebu jatuh kepada telur. Kesian telur terpaksa galas semua tugas atas bahu sendiri hehe.. jadi mohon putar telur tu sampai gebu berbuih putih macam mak korang buat bauhulu tu baru masuk tepung. Jangan la kau baca je kata masuk blender, kau masuk semua bahan sekaligus dalam tu je. Memang bantat la apam tu
Jawapan aku : betul !untuk apam polkadot baking powder dan ovalete is A MUST !!pernah aku terlupa letak ovalete .tak berapa nak kembang adunan aku . Bila letak Ovalate cantik adunan aku .
2. Kukus juga memainkan peranan. Balut penutup kukus dengan kain tuala bersih atau ada tudung bawal aidijuma kau dah tak pakai tu boleh jugak guna. ini supaya air tak tumpah atas apam. Kes air tumpah tu apam kau jadi berkedut kedut tak naik sebab berat air tumpah atas dan air juga masuk adunan tu apam kau jadi bantat sebab dah bercampur air

aku ::oleh jadi ini salah satu kes aku .Mungkin kain yang selalu aku guna untuk balut pengukus dah tak  berapa nak menyerap wap air . So menyebabkan beberapa aku bantat or tak gebu !  yelah kalau dalam 1 Loyang kukus tu separuh apam  bantat dan separuh lagi gebu tak ke pelik ??  


3. Tips paling senang, balut permukaan acuan dengan aluminum foil supaya air tak tumpah atasnya, baru apam nampak gebu, kering dan elok je.

aku ::try pagi tadi tpi xberapa naik sgt seolah2 aluminium foil menyekat pengembangan apam tu . tpi kalau korang nak cuba bleh ajeee...


4. Masa masuk periuk kukus, pastikan kukus tu mendidih dan panas. apam akan naik dengan cantik jika kukusan panasnya cukup. Kalau masuk dari awal, apam kau naik sikit je dah bantat.. masa kukusan dah panas apam kau memang dah tak boleh kembang dah sebab dari awal dah bantat hahaha

aku :::ini betul !! pastikan air btul mendidih dan menggelegak ! so baru masukkan apam .. api pun jaga . jangan terlalu kecil dan tidak terlalu besar . masa mengukus 10 ke 15 minit .


setiap cabaran pasti ada jalan penyelesaian. So don't give up !! teruskan urusan . so inshallah aku akan berusaha untuk cari punca apasal apam aku bantat  kan !

so sekian buat kali ni .
terima kasih kerana sudi membaca.

xoxo,
adda mia kayra


















2 comments:

  1. Sedang mencari jawapan juga tentang maslh ni. Adunan yg sama. 1st batch naik gebu elok. 2nd n 3rd batch...naik lepas tu turun dgn berkedut2...huaaa..sedey..nasib baik buat utk mkn ja..😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ada jawapannya SIS.. wap air!! Cuma sendengkan ckit tutup periuk kukus utk bagi laluan wap air tu keluar..

      Delete