Wednesday, April 30, 2014

Review novel : untuk semua dosaku

Novel :untuk semua dosaku 
Penulis: Rin Ahmad 
Bilangan mukasurat: 618 

Salam reader semua .,,
Apa khabar ? Di harapkan semuanya sihat jer.. Apa aktiviti anda untuk hari ni ??
Yelah hari Ahad.. Confirmlah hari untuk keluargakan .. 

πŸ˜„πŸ˜ƒπŸ˜€πŸ˜œπŸ˜πŸ˜› 

Pagi ni mama Carlish selamat Mengkhatamkan novel dari hasil tulisan Rin Ahmad iaitu untuk semua dosaku...

As usual novel hasil penulisan Rin Ahmad tak pernah menghampakan mama Carlish. Novel yang penuh dengan ilmu. I guess Rin Ahmad mungkin seorang jurutera .. Or bekas student engineering maybe ??.. Nape erk mama Carlish cakap Mcm tu ....

Sebab ketiga-tiga novel yang mama Carlish baca semua watak heroinnya ada kaitan dengan engineering . Arluna, student engineering di uniten .. Jasmeen lanskap arkitek or Engineer dan novel ni pula Nur lusa adalah student engineering di TUM,di Jerman... 

Ermmm... Kebetulan kott... Bak kata papa Carlish maybe penulis buat research .. Mama Carlish membidas kenyataan papa Carlish ..  Sebab istilah istilah kejuruteraan yang terdapat dalam novel ni membuktikan yang penulis ada kaitan dalam bidang kejuruteraan.. wooooooowww statement mama carlish !!!  He he al maklum  lah ??mama Carlish pun dulu student dalam bidang kejuruteraan jugak .. He hi 

Okeh berbalik pada novel ini, jalan ceritanya amat ringkas dan menarik ... Berbelit lidah mama Carlish menyebut bahasa Jerman dalam novel ni...  Watak Nur lisa dalam novel ni digambarkan seorang yang sosial dia awal usia remaja. 

Pertemuan nya dengan syed azri menerbitkan rasa Cinta antara mereka.. Mcm mana dorg boleh bertemu ?? Ni gara2 adik Lisa iaitu Nurlili.. Saja nak kenakan kakaknya dengan menyewa rumah yang berhousemate seorang lelaki iaitu syed azri .. 

Dari situ mereka Kenal dan bergaul tanpa batasan .. Syed azri terpaksa pulang ke malaysia Ketika mamanya menjalani pembedahan jantung lalu Meninggalkan Nur Lisa dengan berat hati yang berkeadaan mabuk akibat berpesta octofest . 

Pertemuan Nur Lisa dan Lydia serta darling telah mengubah kehidupannya. Dari seorang yang liar dan social kini dia mula mencari Jalan ke Syurga .. Perubahan Nur Lisa membuatkan Syed Azri berapa tidak selesa  Lalu meninggalkan Nur Lisa ...

Best Kan cerita ni .. Mama Carlish geram sangat dengan adik Lisa ni iaitu Nur Lili... Busuk hati Sungguh !! Dia jugak yang membawa mulut memburukkan kakak nya kepada papanya se hingga Lisa terpaksa berkahwin dengan Syed Azri selepas Beberapa tahun Terpisah gara-gara tak Mahu Tengku Akhbar terus mengejar Cinta Nur Lisa ... 

Anyway , novel ni mmg wajib di miliki ..

Soon mama Carlish Akan let go novel ni .. So rerajinlah jenguk Instagram addamiacarlisha ye.. 

Xoxo, 
Adda Mia carlisha 

Thursday, April 17, 2014

Review novel : 13 jam A380


Novel : 13 jam A380
Penulis :Evelyn Rose 
Bil muka Surat :752 


Ini novel kedua Hasil tulisan Evelyn Rose yang mama Carlish beli. Seperti novel the wedding breaker ,novel ni memang Shiok Giler !!!!!

Best best best best best πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘Œ sangat !!

Terasa macam nak jadi Watak utama iaitu Hana Sofea andai lah boleh menjadi realiti!! 
Macam mana erk mama Carlish nak komen untuk novel ni ??
Speechless ??,mmm mcm tak kene je Kan .. He he he 

Tp novel memang best sangat2.. Berapa kali best daaaa..

Tapi mama Carlish Harap Hana kawen dengan fawaz tp dah tak de jodoh ..haydar dah potong line fawaz .. He he he .. Tapi cute plak cara haydar memikat hati family Hana ..

mama Carlish dah tak tahu nak cakap apa lagi.
So klu Ada sesiapa yang berhajat nak dapatkan novel ni,cepat2 dapatkan ..
Amatlah berbaloi2...
 Soon pun mama Carlish Akan let go novel ni ..
Rerajin lawat akaun Instagram mama Carlish yer..

Ok lah tgu next entry plak ye.. Sebab beratur novel yang mama Carlish baru habis baca untuk di review ..

Assalamualaikum

Xoxo,
Adda Mia carlisha


  

Apa yang dia perlu .. Bukan apa yang dia mahu ...


Masa tdokan Carlish tiba-tiba rasa sayu ...
Sebab hari ni Dia banyak kene marah...
Makin besar makin panjang akalnya ..
Apalah mama Carlish ni .. Dengan budak kecil pun nak marah-marah ..

Mcm.. Mulut Carlish pun pok pek pok pek tak kira masa dan tempat ..
Salah time pok pek pok pek kenalah marah ..
Selalu mama pesan pada Carlish ..
Kalau tak ikut atau tak dengar cakap mama 
Maknanya Carlish tak sayang mama ...
Bila dah tak sayang , nnt Allah ambik mama ...
Terus Carlish peluk mama dan cakap sayanggggg mama ...

Tapi malam ni dia plak yang cakap ..
Mama ,jangan marah marah Carlish 
Jangan tak sayang Carlish 
Nanti kalau dah tak sayang .. Allah ambik Carlish ..
Dia sayang Carlish jugak ...

Terkedu mama !!sedih ...
Dia baru berumur 3tahun 5 bulan .. 
Sememangnya dia petah berkata ...
Satu kelebihan yang Allah beri pada dia dalam usia sebegitu .. Alhamdullilah ..
Terima kasih Allah . 

Sesungguhnya mama Carlish tersentuh ...
Terpukul dengan kata-kata itu..
Maaf Kan mama wahai anakku...bukan salah awak 
Salah kami ..
Kami yang tidak fahami awak ..

Mama lupa. , yang kamu juga adalah pinjaman terindah dariNYA..
Terima kasih anakku.. Kata -kata awak itu buat mama sedar 
Klu papa dengar papa pun sedih ...

Kamu dapat segala yang kamu inginkan ..
Tapi kami lupa ...
Yang kamu nak kami layan dan bermain dengan mainan2 kamu bersama..
Carlish nak mama main playdoh dengan Carlish .. Bukan Carlish main sorang2 ...
Carlish nak papa tgk Mcm mana Carlish menulis.. Bukan Carlish tulis sorang2 
Carlish nak tunjuk huruf yang Carlish kenal dan sebut ketika papa dan mama baca surat khabar ..
Carlish nak main kongsi tab sama dengan papa dan mama .. Bukan mama bz dengan iPad , papa bz dengan phone dan Carlish main kitty di tab Carlish .. ..

Kita tak pernah nak selami ada yang dia perlukan .. 
Kita cuma tahu apa yang dia mahukan ..

Hari ni mama tersedar .. 
Insyallah Carlish , mama papa betulkan apa yang salah sebelum ni ...
Semoga Allah sentisa melindungi mu wahai anakku..




Review novel :suamiku,encik perfect 10




Novel : Suamiku,Encik perfect 10,
Penulis :syamnuriezmil 
Bil mukasurat : 597 muka Surat 

Ini novel pertama tulisan syamnuriezmil yang mama Carlish beli. Gara-gara bakal di adaptasi Kan ke telemovie dan pelakon utamanya adalah Aaron Aziz terus mama Carlish terjah ke popular Giant Nilai untuk dapatkan novel ni. 

So far novel ni mama Carlish boleh kategorikan best jugak 🌟🌟🌟🌟🌟! 
Jalan ceritanya yang ringkas dan ceritanya yang tak meleret .

Permulaan cerita ,pertemuan zarief dan aleya dalam flight  dari London menuju ke kuala lumpur. Aleya pulang ke malaysia membawa kandungan akibat di perkosa oleh syed Muzaffar . Geram taw dengan syed Muzaffar ni. Akibat cemburu dan salah faham terus aleya jadi mangsa. 

Jadi aleya pulang ke malaysia untuk berhadapan dengan ibunya .. Aleya terpaksa menipu ibunya dengan mengatakan yang dia telah berkahwin tetapi hakikatnya dia tak kawen lagi pun...
sYed Muzaffar ni plak jenis yang tak bertanggungjawab !!habis madu sepah di buang. Langsung tak ambil tahu hokeh ,..

Jadi dalam flight ni bermulalah perkenalan aleya dan zarief. Agak lawak jugak perkenalan dorg ni.. 
Sampai je klia zarief terus menolong aleya dan menyamar sebagai suami kepada aleya .. Sweet Sweet je Kan ... 😍😍😍😍


Okeh cerita pasal aleya dengan zarief klu nak tahu lebih lanjut kenelah dapatkan novel ni !best sgt .. Apa nasib dan lakonan mereka di depan ibu aleya... Menjadi atau tidak??

Syed Muzafar plak mula terbit rasa menyesal selepas aleya pulang ke malaysia. Dia pun di paksa oleh papanya untuk berkahwin dengan pilihan keluarga bagi mendapat harta keluarga papanya . Orang dah hilang depan mata, baru nak menyesal... Pigi jalan daaaaaa

Azura Hanim pula adalah tunang kepada zarief. Hampir 3tahun mereka bertunang dan dia selalu menangguhkan tarikh perkahwinan mereka . Tok zarief amatlah tidak berkenan dengan dengan si azura. Bagi beliau, azura ni tak layak menjadi isteri kepada zarief. Yelah orang tua mana yang suka , kalau seksi sana sini.. Harus lah kene reject Babe .. 


So apa lah nasib si azura dan syed Muzafar nnt ??dapat tak dorg mengejar Cinta zarief dan aleya... 
So sila baca ye Kawan ..
As usual , novel ni pun bakal mama Carlish let go Kan nnt .. 
So keep on visiting my ig Okeh ..😜😝πŸ˜ͺ

Babai..

Xoxo, 
Adda Mia carlisha 

Friday, April 11, 2014

Review novel : khilaf semalam




Novel : Khilaf semalam 
Penulis : Farrah hannan
Bil m/s : 602 

Mama Carlish suka novel ni.. Novel ni berjaya menitiskan air mata mama Carlish .. Hi hu he 
Emosi babe...
Jalan yang agak menarik dan berjaya memainkan emosi mama Carlish .. 
Liyana balqis dan Hasbul warits dikahwinkan pada usia yang muda ..
Akibat khianat sahabat, mereka di tangkap khalwat ..
Usia yang muda memberi cabaran pada mereka dalam mengharungi alam rumah tanga ..

Pada awal penceritaan liyana ni mama Carlish boleh klasifikasikan sebagai seseorang yang tidak dapat mengawal emosi. Sifatnya yang cemburu dan kurang percaya pada suaminya iaitu Hasbul kadang2 membuatkan mama Carlish rasa marah pada watak liyana.. He he he yelah babe ,dah kawen kene lah percaya ckit pada Suami.. Siasat Dulu. Jangan Main langgar jerr.. 
Tak Salah simpan perasaan Curiga tpi berpada2 la .. Terlebih nnt boleh jadi isteri derhaka plak ..

Yang di hasbul plak , tak Padan dengan Suami orang . Kadang2 tak reti nak jaga hati isteri plak.. Klu mama Carlish la,org mcm ni kene ajar dengan silent attack.. Diam jer .. Sure nnt dengan sendiri nya dia Akan rasa bersalah..l ha ha ha 

Konflik Bermula apabila kedua2 mereka menyambung pelajaran ke ipt. Dah dalam kolej babe,Rambang je mata dan pandang yang dahi licin ..

Ruby hani ni plak tergila-gilakan si hasbul ..  Maka Bermula lah konflik rumahtangga mereka gara-gara di Ruby ni.. Sakit hati mama Carlish dengan sikap Ruby ni .. 

Nak tahu lebih lanjut ,sila la dapatkan novel ni yer ..
Tak rugi taw !! As usual novel ni pun mama Carlish akan let go jugak tak lama lagi ,, 
Jadi selalu-selalulah jenguk insta "Addamiacarlisha" ye .. 

Okeh .. Babai 

Adios amigos, 
Adda Mia Carlisha

Review novel : betul,suami aku pelakon



Novel :betul,suami aku pelakon 
Penulis : ateen khalid 
Bil m/s : 455 

Entry kali ni mama Carlish nak review untuk novel ni. Novel pertama karya dari ateen khalid. 
Novel agak simple tetapi romantik. 
Cerita agak ringan dan jalan cerita yang senang di fahami..
Watak Antagonis iaitu elisa pun tak de lah jahat sampai sakit jiwa kita yang membaca ..
Kira jahat-jahat baru belajar .. Hi hi 

So far untuk novel ni mama Carlish bagi 3 dari 5bintang ..

Adios amigos !!
Adda Mia Carllisha 

Wednesday, April 9, 2014

Fitness ...

Cehh.. Gempak tak tajuk entry mama Carlish kali ni..
He he he .. Of cos la kene gempak ..
Salah satu azam mama Carlish utk 2014 ni adalah turunkan berat badan ...
He he he he ,...
This year mama Carlish nak tukar cara diet..
Mama Carlish nak berdiet secara sihat ..
Ni more Pils!! Say no to ubat kurus !! 

Bila fikir balik, effect ubat kurus  pun Bukannya nampak sangat pun ..
Mendatangkan kemudaratan pada kesihatan adalah !
Menghabiskan duit lagi pun ye jgak

So di sebabkan alasan2 tersebut , this year mama Carlish decide nak masuk gym .. He he 
And also control makan.. Hu uh oh mr husband,do cooperate me on this matter !!
Do not bring me to any restaurant during nite time !!
sure papa Carlish says "Ada I kesah"...

Hi hi... 
Apa-apa pun thanks la to papa Carlish because support me utk kempen yang mama carllish Cipta !!
Yang penting support dari sumber kewangan .. Tu paling penting .. Kan Kan Kan 

So setelah fikir masak mama Carlish decide utk masuk gym 2x seminggu. ,..
1kali utk prog kardiovascular dan 1lagi kelas dance ..Seb baik lah nilai ni dah bertambah Maju ..so xde masalah nak cari kelas2 mcm tu ..

Utk prog yang pertama ni tak payah pegi jauh2.. Depan rumah ni je Ada 1gym .. Daily basis Rm7 utk sejam ,2 hrs plak RM10 .. So better la ambik 2jam kan .. Byk masa Kita boleh spend dalam gym tu nnt !! 

Untuk kelas dance plak tempatnya lebih kurang 5km dari rumah mama Carlish. Kelas plak fees nya plak RM12/class for non member,member plak.. Coupon  untuk kelas dan pun ada juga,.. Mama Carlish tak berapa sure how much. Next week mama Carlish join kelas zumba, mama Carlish update Kan yer .. Sebab mama Carlish pun berminat nak beli .. 

Oklah dah malam ni.. 
So mama Carlish nak tdo dulu.. 
Nnt jangan lupa baca next entry mama Carlish ye ...

Xoxo, 
Adda Mia carlisha 

Monday, April 7, 2014

Review novel : AD + IZ

Assalamualaikum dan Salam sejahtera 

Kali ni mama Carlish nak review novel AD + IZ . Novel ini di hasilkan oleh eury Athena.
Best sangat novel ni.. Novel ini mengisahkan Adrianna Mayesa merupakan pekerja batik yang tiba-tiba menjadi pengantin 'instant ' akibat Salah faham yang terjadi ketika menghantar pakaian di rumah Fariel.

Novel ni best sangat2..  Amatlah digalakkan untuk mendapatkan novel ni.. Rugi babe klu tak baca ..
Sweet sangat Watak Adry dalam novel ni tpi kesian ... Dia sering di aniaya dan di pergunakan. Even Fariel pun boleh kata mempergunakannya jgak.. Owh itu adalah dari pendapat mama Carlish. 

Paling geram Watak Marina dan keluarga tiri si AD tu.. Rasa nak tonyoh2 mereka2 tu dengan cili api.. Pandai penulis memainkan emosi mama Carlish .. 

Watak Ihsan pun sweet jugak . Dia di ibaratkan penyelamat pada Adry . Pada masa yang sama menyimpan perasaan pada Adry .. Sebenarnya Adry ni mengingatkan Fariel dan Ihsan seseorang yang mereka sayang .. Siapa erk ?? Korang baca lah nnt .. Tak larat mama Carlish nak type panjang.. 

Buku ni pun nnt mama Carlish akan let go as a second hand novel . So Jual "half price "  dari harga asal la yer .. Rerajin la jenguk Instagram mama Carlish taw .sebab mama Carlish tak suke orang main cop2.. Sebab nnt mama  Carlish terlupe Susah plak .. 

Okeh .. Jumpa on my next entry ..
Novel ape erk nnt ...
Tguuu....



Friday, April 4, 2014

Hp hilang ??mcm mana nak trace ..


Assalamualaikum dan Salam sejahtera .. 

Actually hari ni mama Carlish nak update untuk aktiviti hari ni!! Beauty day hokeh... Hi hi ...
Tapi since senja tadi dapat we chat msg dari siti Penang (BFF mama Carlish ) Minta tolong untuk trace Samsung tab 2 7.0 hilang dengan gunakan apps yang mama Carlish pernah rekemen Dulu ..

Apps ini di namakan Lookout. Boleh je google apa kegunaan apps lookout ni. Mama Carlish nak explain pun tak berapa reti Sebab mama Carlish hanyalah user biasa saje .. Buka pengkaji dan penganalisis .. Hi hi 

So ini adalah rupa lookout.com. Apabila gadget Kita hilang ,Cepat-cepatlah buka website ni. So senang Kita nak trace perjalanan gadjet tu .  Apa yang penting Ingat user ID dan password. Klu lupe jugak .... Mmmm tak dapat den nak tolong !!

Lepas log in mcm ni plak rupanya ..

Actually before kuar page ni,Ada page lain .. Make it short cut la yer .. Hi hi 
Nnt terus tekan "find my device " 
Baru page ni Akan muncul .. Then klick pada "LOCATE" . .. So nnt Keluarlah map mcm ni.. Ambik masa taw nak detect singnal hp tu.. Almost 5mins mama Carlish tgu .. Mcm ni je yg..  So mama Carlish bagi taw kat ummi Izz.. Pasrah itu berserah . Hi hi hi

Selain dari tu lookout boleh di gunakan sebagai Anti virus untuk smartphone Kita. Mama Carlish dah lama install utk Samsung tab 2 7.0 yang kini jadi Milik Carlish tu. Pernah jgak dapat email dari lookout. Hp batery kong pun dia send email ! 

Since guna Samsung galaxy S4 ni mama Carlish guna antivirus lain plak. Mama Carlish guna 360 security . Tapi mama Carlish rasa nak kene donlod lookout ni pada S4 mama Carlish. Malang tak berbaur so Sebelum terjadi apa2 , baik lah Kita berjaga2 Kan ..

Okeh .. Mama Carlish nak layan novel smbl tgk skool of lawak yg tak berapa nak lawak tu .. 
Esoklah mama Carlish update pada aktiviti "melaram" hari ni ye .. 

Selamat malam 

Xoxo,
Adda Mia carlisha 


Thursday, April 3, 2014

Review novel :Isteri untuk di sewa

Review utk novel 

Isteri untuk di sewa 




Assalamuailaikum .. 

Agak lama mama Carlish tak update blog ni. Blog Apam El miA pun dah Agak lama tak terusik !! Oh kemalasan tolong Nyah ko dari sisi ku...


Last week mama Carlish berjaya tamatkan pembacaan untuk novel "isteri untuk di sewa" .. Best cter Nya ..  Mama Carlish menyarankan anda untuk mendaptkan novel ini !! As usual mama Carlish Akan menjual balik novel dengan harga yang lebih murah !!so please alert selalu di account Instagram mama Carlish hokeh!!


Novel Hasil tulisan "syamnuriezmil" ni mempunyai 813 muka surat. Cover ni novel ni Colour pink .. Comel Kan .. Novel mengisahkan Nur  atau nama penuhnya Nur Adreiana yang menawarkan khidmat isteri untuk disewa . 


Nur  menpunyai seorang kawan baik iaitu Imtiyaz . Mereka berkawan baik sejak dari kecil. Tanpa di sedari Imtiyaz juga menyimpan perasaan cinta pada Nur .. Hi hi kelakar la Nur dengan Imtiyaz ni.. Best tgk cara diaorang berkawan. Teringat mana Carlish zaman muda mudi dulu.


Mama Carlish pun ada kawan baik juga. Duduk sebelah rumah dan duduk kelas yang sama .. Tapi hampir 14 tahun dia pergi menghadap Ilahi .. Al fatihah sahabatku Mohd Hasrul Bin Mohd Sani .. 


Ehh iklan sekejap yer.. Kita sambung balik !!


Semasa Imtiyaz menyambung pelajarannya di Melbourne,Imtiyaz menggunakan Issabella (rakan nya di Melbourne ) untuk membuat Nur cemburu .. Lebih kurang nak uji sama ada Nur suka dia atau tidak .. Okeh pasal Nur dengan Imtiyaz ni Korang bacalah dalam novel yer .. Nnt lebih-lebih cerita tak shiokk la nnt ..


So berbalik pada khidmat isteri untuk disewa ni, Nur berjaya mendapat client yang pertama iaitu Noah Ryzal .. Sweet sgt Nur dengan Noah.. Suka suka sangat .. Apa yang jadi antara mereka  ?sila baca novel ini ye ! :) 


Selepas tu plak client keduanya adalah Bos Nur sendiri iaitu Putera Rayyan aka PR.. mama Carlish pun berapa suka dengan Putera Rayyan ni. Bukan dia jahat tp dia ni mcm memaksa Nur  !eeiii xsuka xsuka xsukeeeee.... Nak tahu apa jadi pada dorg ...? Dapatkanlah novel ini ye ... 



Seterusnya adalah suffi ..tapi suffi ni di pikat oleh Nur ..ha ha dah terbalikkan .. Hi hi. Yang ni pun korang baca dalam novel yer..


So dari tekaan korang , siapakah yang akan di pilih oleh Nur ? Teng teng teng ...  


So Dapatkanlah novel ni cepat2 .. Or tgu mama Carlish buat jualan novel terpakai di insta nnt .. So utk novel ni mama Carlish bagi 4/5 bintang ... Ada banyak Watak dalam novel ni.confirm tak boring !!


Ok sampai di sini saje . Tgu review novel Seterusnya dari mama Carlish ..


Assalamualaikum 


Xoxo, 

Addamiacarlisha 






Hati yang rapuh ..

Assalamualaikum dan Salam sejahtera ..

Selepas solat Isyak tadi tiba-tiba hati ni hiba.. 
Tak tahu kenapa .. Tapi Mungkin di sebabkan peristiwa
Beberapa hari yang lepas ... Lepas solat tadi 
Terus adda doa untuk maafkan dosa mereka .. 

Ya Allah hiba Nya hati ni .. 
Sesungguhnya aku sedang berusaha untuk kejalanmu ...
Tetapi melihat mereka-mereka yang menjaga auratnya serta solatnya 
dengan baik sekali tetapi lalai dalam memelihara lidahnya ..
Sungguh aku Sedih ...
Rasanya mereka lebih baik dan arif dalam perihal agama ...
Tetapi .....
Benarlah orang kata ...
Hidup antara garisan ....
Jadi bagi aku...
Biarkan aku dipandang serong oleh mereka ...
Tapi aku yakin ..
Allah selalu bersamaku...
Ya Allah , Sesungguhnya aku sedang berusaha ke arahmu ...
Jadi bimbinglah aku ke jalanmu ...
Amin ...

Tuesday, April 1, 2014

Active berblog kembali !!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,,,

Dah lama mama Carlish tak berblogkan .. 
Blog apam el Mia licious pun dah lama tak berh"update " ..
So sempena April ni , mama Carlish bercita-cita untuk merajinkan berblog ..
Banyak novel yang mama Carlish baca tak di review .. 
So mulai hari ni  mama Carlish akan cuba untuk membuat review 
Pada setiap novel yang mama Carlish baca ...

Tapi ada ke masa naik menulis?inshaallah andai di izin oleh Allah swt pasti 
Segalanya boleh .. Use Every second,minutes and hour wisely !! Jika kita sentiasa 
Mendahulu Kan ibadah solat terlebih dahulu,inshaallah segalanya akan berjalan lancar ..
So jmp mama Carlish di next entry !!

Xoxo, 
Adda Mia Carlish 

Pakcik Carlish kawen !!

PePermulaan cuti sekolah yang lalu pakcik Carlish aka adik mama Carlish telah selamat di ijab kabulkan ..
Maka bertambahlah ahli keluarga En Mohd Ros dan Pn Roslina Bahari..  So makin meriah lah rumah tok bab Carlish pada Raya yang akan datang nanti.. Hi hi 

Adik ipar ni sekampung dengan kami je. So xde masalah utk balik raya nnt ..wahhh senang nya!! Balik jalan kaki pun ni hal lah!!!

Ni gambar pengantinnyer bersama ibu dan sanak saudara ..
Saat di nikahkan ... 

Minta restu kepada kedua keluarga 
Pengantin naik bersanding dah..
Pengantin lelaki dan perempuan
Dapat hadiah dari MB u'olsss
Gambar kami sefamily .. 

So kali ini jelah mama Carlish dapat update .. Gambar ini semua di ambil dari kenduri belah perempuan .. Untuk belah lelaki pun ada jugak tapi gambar dia ambil menggunakan camera DLSR .. Pos kemalasan nak transfer ke lappy ni adalah tinggi!!!wekkkk.... 

So selamat datang ke Family kami firaun.. Semoga jodoh hingga ke syurga ,lampin 

Xoxo, 
Adda mia Carlish