Tuesday, November 13, 2018

Produk Review: Loreal Paris REVITALIFT pure centella micro essence water

salam ...

Hari aku nak update ckit pasal produk yang aku dapat secara percuma di Hometester club iaitu  Loreal  Paris REVITALIFT pure centella micro essence water ..

Email dari hometester club 


Aku tergolong dalam group tester Phase 2 . aku cuma dapat tester 22ml saja. Yang phase 1 dapat dalam 100ml.untung kan dorg .. walaupun cuma dapat 22ml, ia dapat bertahan untuk 3 bulan pengunaan (aku pakai pagi saja) . Bayangkan kalau 100 ml??setahun tak payah beli essence .. senyum panjang Mr husband sbb "poket" dpt di selamatkannn... Ha ha



Cara pengunaan (Cara aku :)
aku guna essence ni selepas toner muka .  Toner aku  brand  NUTOX .selepas gunakan toner, tuang dalam beberapa titis Loreal  Paris REVITALIFT pure centella micro essence water ke tapak tangan dan tepeklah serata pada muka sendiri..dan seterusnya di ikuti dgn serum , moisturizer ,eyecream dan sunblock .

Kesan pengunaan :
-muka makin bersih
-muka makin anjal dan tegang
-aku nampak ada pengurangan garis-garis halus di area mata tu agak ketara
-tona kulit makin sekata
-kulit nmpk cantik dan berseri

Muka aku selepas hmpir 3bulan pengunaan .. muka tanpa make up taw !! acik pakai lipstik jeee


Pendapat aku : 
Produk ni agak bagus.. aku jenis kulit Normal.so ia sesuai untuk mereka yang berkulit Normal. Pengunaan yang menjimatkan ..22ml pun bertahan hmpir 3 bulan ..so kalau 100ml tentunya lagi jimat ..
Harga ?? Aku rasa dalam range RM60 to RM80. Blh di dapati di Watson or Guardian. Beli weekend lagi berbaloi kot every week ,these 2 drugstore ada sale kann.  


Sekiaan untuk Entry kali ni.. inshallah andai Rajin aku update lagi..

Salam.


Xoxo,
Adda mia kayra 





Friday, November 9, 2018

Produk Klairs

Salam..

Hari ni aku nak update tentang 1 produk korea yang agak popular iaitu KLAIRS.. mgkn org lain da lama tahu kot tp aku yang agak ketinggalan keretapi.. hi hi hi 

Beberapa hari lepas,tangan ni gatal plak bukak apps shopee. Kalau da termasuk dalam dunia shopee,mmg tak sah kalau tak membeli. Macam berdosa je kalau tak beli taw .. hi hi

Maka terjumpa lah aku dgn produk KLAIRS ni..harga agak hado-hado.. so aku decide beli sample kit dan toner . Tgk pada review di online,produk  ni kelihatan agak bagus.. di sini aku tepek ckit info yang aku dapat hari hermo.



Ini description tentang produk Klair yang aku ambil dari Hermo. So aku decide untuk cuba produk ni. Di sebabkan harga yang agak hado-hado,so aku sample kit and 30ml toner di shoppe. Harga bagi dua produk ini adalah Rm30+ termasuk Postage cost. 

Toner 

Sample kit 

Di saat entry ini di post,aku baru sahaja mencuba produk ini selama 2 hari . Inshallah selepas 2 minggu pengunaan nnt,aku akan update review bagi produk ini .

Sekian untuk kali ini. 
Terima kasih kerana sudi membaca .

Xoxo,
Adda mia kayra 



Wednesday, November 7, 2018

Apam hello kitty

Salam ...

Dah lama aku tak update blog.kalau ikutkan banyak entry yang nak aku update tapi sifat M tu menebal plak kat dlam diri.. ha ha .. mcm da sebati plak...haaa acaner tuuu...

Bulan nov adalah bulan bizi. Kebiasaanya order apam akan penuh dek jamuan akhir tahun yg diadakan di sekolah.Alhamdullilah rezeki.. boleh la beli smiggle untuk Cik Carlish nnt ..amin..

Antara apam yang popular ialah apam hello kitty. Comel je kan apam hello kitty ni.. so kalau ada sesiapa yang nak order blh wassap saya 016 2596165. Delivery cuma area Nilai&salak tinggi saje..

Kene inform seminggu awal ye. Last minute order bergantung kepada kekosongan.

Ok lah ..xtaw nk update apa lagi. Terima kasih kerana sudi membaca .Doakan saya sekeluarga di murahkan rezeki ye.aminn

Xoxo,
Adda mia kayra
.

Wednesday, September 19, 2018

kisah kabinet dapur




Salam dan selamat sejahtera ..



Hari ni aku nak update kisah mengenai cabinet kitchen.  Kitchen cabinet ini adalah menjadi perkara yang selalu menjadi perhatian bagi mereka  yang bakal memasuki rumah baru atau rumah sendiri.  Kalau ikut kehendak, macam-macam jenis design yang bermain-main di fikiran untuk di pasangkan di rumah sendiri.. samalah macam aku .. otak asyik fikir design cabinet yang sesuai  untuk kitchen aku nanti .

Nak buat jenis “L” shape ke ? “U” shape ke ? nak jenis 3g ke ? laminated? Melamine ?? owhh macam-macam jenis rupanya .. apa beza semua jenis tu ?? beza dari segi harga dan kualiti .. makin mahal ko bayar material cabinet so makin tinggilah kualiti cabinet korang nnt ..

Rumah yang bakal aku duduki nanti adalah jenis apartment  je .. so kitchen xla besar mana .. yelah rumah apprtment berkeluasan 850sqft je.. tapi syukurlah .. ada jugak rumah buat aku ,husband dan anak –anak .. buat  masa ni dalam otak aku  berimpikan kitchen cabinet yang jenis “L’ shape  serta di letakkan partitian sebagai pemisah antara dapur dan dining hall ..

Dalam masa bincang-bincang tentang design cabinet ni, ada jugak la idea yang tidak bersependapat dengan husband aku .. yelah !! aku yang duduk kat dapur tu lama-lama kan , so aku nak la design cabinet tu mengikut citarasa aku..   kan kan kan !!

.inshallah, dalam minggu ni aku dan husband akan  survey harga untuk pasang kitchen cabinet ni. Bajet kami adalah dalam 4k .. harap-harap adalah kitchen cabinet  yang cantik yang mengikuti spesifikasi kitchen cabinet aku…



 Inshallah … bila da  confirm semua nanti, akan aku update di blog aku ni ..

 Terima kasih kerana sudi membaca coretan aku ni ..



Xoxo,

Adda mia kayra

Sunday, September 2, 2018

Produk Review : Bio Essence Bio Gold 24K Gold


Salam dan selamat sejahtera .. hari ni aku nak update tentang serum yang aku gunakan selama beberapa bulan ni iaitu Bio essence (Golden Ratio Double Serum –Anti Oxidant power for glowing &smooth skin) .


Aku beli serum bio-essence ni di Watson,Alamanda . Ketika tu ada sales so harga yang aku bayar untuk Bio essence ni sekitar Rm70++ kalau tak salah lahh.. hi hi .. harga sebelum sale sekitar RM80 plus plus mcm tu .. so aku nasihatkan korang, kalau nak beli skincare atau makeup di drugstore sama ada Watson atau guardian  , better beli during weekend .. sebab every weekend  ada byk sale, jadi amatlah berbaloi jika u'ols shopping di hujung minggu ..
aku start guna sekitar bulan 3, hingga skrg aku masih guna serum BIo-essence ni .  untuk 1 botol bio essence serum ni beratnya adalah 36g. sehingga post ini di publish, aku masih gunakan serum ini .. tak habis lagi serum ni .. so hampir 6bulan gunakan untuk sebotol.. so jimatkan ?? buat pengetahuan semua ,  kulit aku jenis NORMAL dan alhamdullilah , serum ni sesuai untuk kulit aku.
Cara Pengunaan : pump kan  beberapa titik serum , lepas tu ko sapu or tepuk-tepuk pada wajah.
Di sini aku kongsikan rutin Skincare aku .. aku mulakan dengan facial wash (aku guna safi rania gold dan L'oreal Paris ) - toner(safi Rania Gold &Nutox - essence ( aku guna bio essence rose gold water dan sekali sekala aku guna L'oreal paris centella revitalift water - aku dapat dari home tester club) - SERUM (bio -essence )- moisturiser (safi Rania Gold )- eyes refiner (nutox ) dan Sun block ( Biore ).. so inilah  rutin harian skincare aku ..

kesan pengunaan Serum  :
-kulit aku makin bersih dan licin
- no more kulit kusam
-berseri-seri (of cos )
-kulit seakan tegang dan aku perasan garisan halus tu di sekitar mata tu berkurangan ..tapi mungkin effect Nutox eye refiner kot

so far , serum bio essence ni amat berbaloi.Walaupun Harga agak mahal, tapi kesan pengunaan nya amat berbaloi .
repurchase ?? of cos ! tapi aku jenis suka mencuba produk lain plak ...
so far  untuk produk Bio essence serum ni is highly -RECOMMENDED !
sekian ...

xoxo,
adda mia kayra


Monday, March 19, 2018

kongsi resepi : Tahu telur bersama sos tiram

salam dan selamat sejahtera ..

hari ni aku nak kongsikan resepi Tahu telur bersama sos tiram yang menjadi favourite food husband aku .. so moh kita tengok resepi dulu ....



Bahan yang di perlukan :.
2 batang tahu telur 
sedikit tepung jagung 
Bawang besar 
Bawang putih 
Halia
kacang buncis (jika ada ) 
sos tiram ( ikut  pada u'ols nak guna berapa sudu ) 
Kicap (ikut suka u'ols nak guna berapa sudu ) 
air 





langkah pertama : 

potong tahu telur dan gaulkan bersama tepung jagung . Aku salutkan bersama tepung jagung untuk dapatkan tahu telur yang garing dan di samping tu , dapat elakkan dari tahu telur tu  pecah apabila kita nak balikkan ketika goreng nanti 

gorengkan tahu telur sehingga berwarna keemasan . 

langkah 2 

Tumiskan bawang merah , bawang putih, halia sehingga naik bau kemudian masukkan sos tiram dan sedikit kicap mengikut sukatan anda. Tak perlu masukkan garam , sebab kicap tu dah mengandungi banyak kandungan garam.. 

Apabila dah nampak sebati masukkan sedikit air dan juga sedikit air yang dicampurkan dengan tepung jagung untuk pekatkan kuah . kemudiaan masukkan kacang buncis bersama tahu telur dan biarkan sebati  untuk beberapa ketika ..

kemudian... siapppppppppp



semoga perkongsian resepi ini dapat memudahkan kerja memasak u'olss di dapur ..


sekian .. Terima kasih kerana sudi membaca ..


xoxo,
adda mia kayra

Friday, March 2, 2018

Pengalaman ke Velodrome Nasional Nilai

Salam dan selamat Sejahtera

Entry kali ini aku nak postkan pengalaman aku, Carlisha , kayra dan hubster ke Velodrome Nasional di Nilai . Baru-baru ni ada kejohanan Trek berbasikal Asia di Nilai dan kami berkesempatan untuk melihat dan memberi sokongan kepada Team Malaysia..

Jarak Velodrome Nasional dari rumah aku kurang dari 10 min. ini kali Pertama aku  menjejakkan kaki ke dalam Velodrome . Sewaktu sukan sea KL2017, tak berkesempatan nak ke Velodrome, tapi sempat la beri sokongan kepada acara berbasikal atas jalan raya (tak tahu apa official nama acara tu ) hi hih  sebab dorg lalu jalan area depan rumah aku je... berpanas aku bagi skongan taww!! hi hi hi

Velodrome ini di rasmikan dalam Bulan Mei 2017 kalau tak silap (sebab aku ada nampak banner sewaktu perasmiannya  jalan2 area Nilai) . Velodrome ni agak besar terletak bersebelahan Stadium tertutup Nilai dan berhadapan Universiti Sains Islam Malysia (Usim ) .




Velodrom Nasional, Nilai 


Selepas breakfast bersama anak-anak dan suami, kami gerak ke  Velodrome Nilai , ketika itu beberepa acara sedang di jalankan . Parking kereta agak senang nak cari, Kalau parking full area Velodrom , korang boleh parking kat Stadium Tertutup Nilai tu . harga tiket adalah RM20 dan kanak-kanak di bawah 5tahun Free.. kami ada passs masuk , so FOC la ye ...



wajah Hubster bersama baju kesayangannya  MU(bukan manchester united tpiiii Melaka united ) 

Acara yang sedang berlangung ketika kami memasuki Voledrome 



Beberapa peserta sedang bersedia untuk acara seterusnya . Nampakkan  pelumba Malaysia . kalau tak silap dia ni , farina ..Cik Kayra bukan main galak jerit-jerit bagi sokongan buat Farina . walhal di cuma ikut org berteriak jekkk... tak padan dengan umur 2tahun 8bulan kottt.. Meriah Velodrom dek dgr suara dia jeee..

First aku nampak snap gambar  dekatt.. jakun wehh!!


Yang ni plak Fatehah Mustafa .. Teruja aku nampak dia !! kot-kotlah dia terbaca blog aku ni, komen "hi " yeeee... overnyaaaa aku nihhhh 






Hubster dan kayra .. asyik snap gambar dorg je, so lupa nak snap gambar sendiri taw !


lepas beberapa jam , Cik kayra start buat perangai . Dah penat  la kot.. So da sampai time untuk beredar pulang. Pengalaman yang agak menarik buat carlisha & kayra ..  Bukan senang nak tengok event besar seperti ini diadakan lagi .. next tak tahu bile kan ...

so sampai di sini je buat kali ni . 
terima kasih kerana sudi membaca ...

Majulah Sukan untuk negara 

xoxo, 
adda mia kayra 










Wednesday, February 28, 2018

Aku pemenang Dining Contest Winner utk bulan Okt 2017


Salam dan selamat sejahtera semua ...

penghujung Bulan Oktober 2017, aku ada join satu contest di Klia. Disebabkan syarat-syarat penyertaannya yang agak mudah, so aku main join ajee lerrrr.. dengan berbelanja sebanyak RM15, anda da boleh join Dining Contest  di Food Garden, bertempat di level 2 , Kuala Lumpur International Airport.
Grand Prize memenangi tiket penerbangan ke Krabi (okt), Bandung (Nov ) dan Hanoi (Dec). manakala di tempat kedua memenangi Hp Huawei P10 dan tiga pemenang saguhati setiap bulan akan memenangi voucher Eraman bernilai RM100 setiap seorang. Not Bad kan hadiah …

So sekadar suka-suka , aku pun join lah contest tersebut .Pertengahan  bulan November , aku dapat call dari wakil Eraman .. “Puan Ridayatul , anda telah ,menang Grand Prize iaitu 2 tiket penerbangan ke Krabiiiiii” …


I was like “yeaaaaaaaaa!!! Alhamdullilah “ aku tak sangka  aku adalah pemenang grand prize plak .. target aku cuma nak menang handphone Huawei bagi mengantikan Phone aku yang telah di jahanamkan oleh Kayra !! tapi itulah rezeki .. kita hanya merancang namun Allah yang menentukan . terima kasih Allah ..

14 Feb yang lepas , aku di minta untuk hadir ke Klia untuk prize giving caremony. Di sebabkan tak de siapa yang boleh menjaga Carlish &kayra , jadi aku angkuttt la mereka berdua sekali. 



Balik dari ambil Carlish di sekolah, terus aku minta dia makan dan mandi cepat-cepat. Nilai ke KLIA tak jauh mana , tapi after 2pm to 3pm , jalan akan jem ooooo... so nnt lewat !! Glamorkan  MokCik Kayra  dengan speck mata stoberiiiiii!!


tiba di klia dalam 2.30pm tapi nak cari parking punyalah azabbb... semua full akhirnya dapatlah kami park di level 4 !! dalam pkul 3 baru smpai di level 3. bagi mengelakkan "kebisingan oleh kayra " jadi aku bagilah dia layan video "baby sharkk dooo dooo" ..


Pujian harus di berikan pada kakak carlish.. pandai dia handle Kayra .. 


Inilah hadiah kemenangan nya .. yaahuuuu hubster &anak-anak.. moh kita bercutiiiiiii.. tapiiiii tiket dua je nakkk.. so korang tinggallahhh.. kasi can mama papa berhoneymoon plakkk...


Berselfie sebelum ambil hadiah. gugup jugak .. takut kalau-kalau time nama aku di panggil, kayra nak ikut sama ... seb baik di behaveeee sepanjang upacara ni.. Thanks Kayra !thanks Carlish !! mama love youuuu....



selepas selesai kami ke Klia 2, sementara tunggu husband habis keje. kami naik ERL express je ... tambang dewasa RM2 manakala kanak-kanak lebih dari 2thn RM1 .berhampiran dengan kaunter ERL, ada kiosk mesin. kalau beli kat di sana dapatlah diskaun 10%. pembayaran hanya melalui credit card or debit card sahajeee... 


wajah seorang pemenang .. hi hi hi .. ada kisah menakutkan jugak terjadi . selepas selesai berjalan-jalan di KLia2, kami balik ke klia .. sewaktu naik lift untuk ke level atas, pintu lift tertutup secara tiba2 walaupun stroller kayra da masuk tayar dahulu.. kayra plak di ketika tu , aku da turunkan di dari stroller( di masuk dulu ke dalam lift ) tanpa tgu aku & carlish ... Ya Allah!~!~panik habis aku ketika ituuuu.. kebetulan pax di dalam lift, cuba nak buka lift tapi lift terus naik ke tingkat atas ...

kami tgu lift tu turun balik kot-kotlah orang yang di dalam lift bawa kayra turun ke bawah tapi hasilnya negatiffff!! kayra tak de... pax yang turun di bawah inform aku yang "baby at level 5" (pax arab )  .. so cepat aku terus naik ke level atas menuju ke information counter .. 

alhamdulillah ...kayra ada di information counter bersama staf MAHB.. terima kasih semua .. Allah uji aku selama 10 minit tanpa kayraaa... next time memang aku akan extra alertttt... keadaan kayra ?? tak nangis punnn.. elok aje makan gummy bear dgn abang-abang information counter ..

sabar aje lahhh mama nya ....


xoxo,
adda mia kayra 

Sunday, January 21, 2018

Carlisha budak DLP (dual language Programe)

assalamualaikum ..

Entry pasal DLP ni, dari tahun lepas aku berhajat nak post tapi dek kekangan masa dan kemalasan melanda, so aku peram entry ni lama2 ..


tahun ni adalah tahun ke 2 Carlisha dalam program DLP. so far dia boleh carry subj  Math&Science dalam english dengan baik sekali. firstly, pasti ada yang tertanya "apa itu DLP " .... pasti ada yang pernah dengar dan ada yang belum pernah dengar ? 



DLP (dual languange Programe)

Program Dwibahasa atau Dual Language Programme (DLP) adalah satu program di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Ia dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara rintis pada tahun 2016 melibatkan 300 buah sekolah. Program DLP memberi pilihan kepada sekolah-sekolah yang layak untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris selain daripada bahasa Malaysia bagi mata pelajaran Matematik, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Pelaksanaan DLP bertujuan untuk menyokong penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris murid melalui peningkatan masa pendedahan kepada bahasa Inggeris secara tidak langsung. Dengan pengukuhan dwibahasa seseorang murid, DLP boleh memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan akses, penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat global serta meningkatkan kebolehpasaran murid di alam pekerjaan.
 sumber :apa itu DLP

Tak semua sekolah mempunyai Program DLP . Ada beberapa kriteria yang di titikberatkan oleh KPM  sebelum sesebuah  sekolah di tawarkan program DLP. Antaranya :
-Sekolah yang mempunyai sumber yang mencukupi seperti buku teks, tenaga pengajar dan bahan - bahan sokongan  pembelajaran . 
-Pengetua/guru besar dan guru bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan DLP.
-permintaan dan sokongan dari ibu bapa.
-pencapaian sekolah dalam matapelajaran Bahasa Melayu 

Dalam program DLP subjek Matematik dan Sains di ajar 100% di dalam bahasa Inggeris dan di tawarkan pada pelajar darjah 1 dan tingkatan 1 . Begitu juga di dalam peperiksaan di mana semua soalan bagi 2 subjek ini adalah fully English .So, macam mana nak join program DLP ???

DLP ni bukan program sukarela di mana kita blh suka-suka hantar anak untuk menyertai DLP. Di awal kemasukkan anak2 Darjah 1 ke sekolah , mereka akan di uji dengan ujian. Bentuk soalam im not so sure bcoz bila tanya Carlish dia kata "soalan senang ajer " fuhh!!

keputusan akan di beritahu  di penghujung program Transisi ( dalam 3 mingu oreintasi darjah 1 ). Murid yang terpilih akan di beri surat dan parents di minta untuk tandatangan surat persetujuan sekiranya anda bersetuju .. fuhhh panjangnya explanation akuuu!!!
once da join, tak boleh keluar! kena continue smpi ke darjah 6 .Andai kata anda anda bertukar sekolah , so harus memilih sekolah yang mempunyai program DLP .. 

so itu sedikit sebanyak penerangan tentang DLP ..

susah ke DLP ??silibus subj sama seperti kelas non-dlp yang berbezanya adalah dari segi pengunaan bahasa . So bagi murid yang mempunyai penguasaan bagus dalam bahasa Inggeris , DLP adalah bagus buat mereka , tpi kalau so-so better jangan ... 

review aku buat carlish dalam program DLP 
.
- Penguasaan english dia amat bagus. amat ketara ! 
-Math antara subj killer ! silibus dorg pun agak sukar dan padat. so, pastikan anak2 buat latihan maths hari2 ! wajib agar tak ketinggalan.. Once  dapat score math&sn dengan, percayalah .. anak anda berada di kalangan murid top 10 di darjah 
-buku latihan DLP seperti sasbadi,pelangi agak limited . lbh2 batch Carlish sbb dorg batch semakan kssr . kebiasaanya bulan Feb baru buku ada di jual di book store. Tapi kena cepatTT!!lmbt dapatkan ko tunggulah  next restock . tapi kalau math bagi buku latihan dalam BM pun ok. lagi banyak latihan math lagi tinggi pencapaian dia . (ketika darjah 1 carlish ada 3 buku latihan math dalam english , dan 4 dalam bahasa melayu ) 

so far ini yang boleh aku terangkan. Pada new parents yang anaknya join DLP thn 1 bagi 2018, saya ucapkan tahniah .. always support anak-anak anda . 

sekian entry buat kali ini ..

terima kasih 

xoxo, 
adda mia kayra