Monday, March 19, 2018

kongsi resepi : Tahu telur bersama sos tiram

salam dan selamat sejahtera ..

hari ni aku nak kongsikan resepi Tahu telur bersama sos tiram yang menjadi favourite food husband aku .. so moh kita tengok resepi dulu ....



Bahan yang di perlukan :.
2 batang tahu telur 
sedikit tepung jagung 
Bawang besar 
Bawang putih 
Halia
kacang buncis (jika ada ) 
sos tiram ( ikut  pada u'ols nak guna berapa sudu ) 
Kicap (ikut suka u'ols nak guna berapa sudu ) 
air 





langkah pertama : 

potong tahu telur dan gaulkan bersama tepung jagung . Aku salutkan bersama tepung jagung untuk dapatkan tahu telur yang garing dan di samping tu , dapat elakkan dari tahu telur tu  pecah apabila kita nak balikkan ketika goreng nanti 

gorengkan tahu telur sehingga berwarna keemasan . 

langkah 2 

Tumiskan bawang merah , bawang putih, halia sehingga naik bau kemudian masukkan sos tiram dan sedikit kicap mengikut sukatan anda. Tak perlu masukkan garam , sebab kicap tu dah mengandungi banyak kandungan garam.. 

Apabila dah nampak sebati masukkan sedikit air dan juga sedikit air yang dicampurkan dengan tepung jagung untuk pekatkan kuah . kemudiaan masukkan kacang buncis bersama tahu telur dan biarkan sebati  untuk beberapa ketika ..

kemudian... siapppppppppp



semoga perkongsian resepi ini dapat memudahkan kerja memasak u'olss di dapur ..


sekian .. Terima kasih kerana sudi membaca ..


xoxo,
adda mia kayra

No comments:

Post a Comment