Wednesday, September 19, 2018

kisah kabinet dapur




Salam dan selamat sejahtera ..



Hari ni aku nak update kisah mengenai cabinet kitchen.  Kitchen cabinet ini adalah menjadi perkara yang selalu menjadi perhatian bagi mereka  yang bakal memasuki rumah baru atau rumah sendiri.  Kalau ikut kehendak, macam-macam jenis design yang bermain-main di fikiran untuk di pasangkan di rumah sendiri.. samalah macam aku .. otak asyik fikir design cabinet yang sesuai  untuk kitchen aku nanti .

Nak buat jenis “L” shape ke ? “U” shape ke ? nak jenis 3g ke ? laminated? Melamine ?? owhh macam-macam jenis rupanya .. apa beza semua jenis tu ?? beza dari segi harga dan kualiti .. makin mahal ko bayar material cabinet so makin tinggilah kualiti cabinet korang nnt ..

Rumah yang bakal aku duduki nanti adalah jenis apartment  je .. so kitchen xla besar mana .. yelah rumah apprtment berkeluasan 850sqft je.. tapi syukurlah .. ada jugak rumah buat aku ,husband dan anak –anak .. buat  masa ni dalam otak aku  berimpikan kitchen cabinet yang jenis “L’ shape  serta di letakkan partitian sebagai pemisah antara dapur dan dining hall ..

Dalam masa bincang-bincang tentang design cabinet ni, ada jugak la idea yang tidak bersependapat dengan husband aku .. yelah !! aku yang duduk kat dapur tu lama-lama kan , so aku nak la design cabinet tu mengikut citarasa aku..   kan kan kan !!

.inshallah, dalam minggu ni aku dan husband akan  survey harga untuk pasang kitchen cabinet ni. Bajet kami adalah dalam 4k .. harap-harap adalah kitchen cabinet  yang cantik yang mengikuti spesifikasi kitchen cabinet aku…



 Inshallah … bila da  confirm semua nanti, akan aku update di blog aku ni ..

 Terima kasih kerana sudi membaca coretan aku ni ..



Xoxo,

Adda mia kayra

No comments:

Post a Comment