Tuesday, July 9, 2019

ujian UKM 2 buat kali kedua

assalamualaikum ..


alhamdullilah.. buat kali keduanya Carlisha Berjaya ke ujian UKm2 . kali pertama adalah pada tahun lepas ketika berumur 8 thn . kali ni carlish tak berapa nak excited sangat seperti tahun lepas. sebabnya dia tahu yang soalan soalan untuk UKM2 sangatlah susah .. salute pada sesiapa yang mara ke pusingan seterusnya (perkhemahan hujung tahun ) 

Untuk layak ke UKm2, para pelajar harus menduduki ukm1 secara online.. ini link untuk Ujian UKM 1 , Exam ni selalunya di buka pada setiap awal tahun sehingga 31 Mei setiap tahun . . ujian ini boleh di buat di rumah, cybercafé atau ofis  mama papa ulos  dengan mengunakan computer. so para pelajar haruslah pandai mengunakan computer.. tak la terer sgt as long blh typing kira lulus lerrrr.. Carlisha pun typing lappy mcm patuk ayam .. ehekss..

keputusan kelayakkan ukm2 pula kebiasaanya di umumkan pada awal Julai. So during this period , parents or student kene alert untuk mengetahui kelayakkan anda, Pihak sana tak call, usually akan terima sms pada malam sebelum ujian, so pls alert!! Jika layak , anda akan di beritahu Tarikh ujian, masa serta pusat ujian . 

Awal pagi tadi , seawal 7.15 pagi aku dan carlisha terus menuju ke Pusat Ujian . pusat ujian carlish adalah Kolej Permata Insan , Tak berapa jauh dari kawasan rumah aku, perjalanan mengambil masa dalam 15mins aje .. tu pun sebab pagi-pagi ni jalan di area Nilai ni jem tahap tak boleh bincang .Stress taw!! eheks 
Selfie sebelum ke Permata Insan
Kami tiba di Usim sekitar 7.27 pagi,sempatlah tgk rutin pagi student-student permata insan. Aku dan carlish terus ke makmal komputer.sebabkan ni kali kedua carlish ambil ujian,so xde masalah nk mencari makmal komputer . 

Pintu masuk ke Kolej Permata Insan ,Nilai


 Kolej Permata Insan ni amat Cantik ! Mcm ala-ala University kooo..kagum tgk budak-budak sana belajar ..


carlisha di depan makmal komputer   


Tiba di makmal,ada dua org staff yang kendalikan Ujian uKm2.pelajar perlu membawa mykids serta surat tawaran dari pihak permata. Dalam pkl 8 pagi ujian bermula sehingga 11pagi. Kalau siap awal,korg blh balik awal. Menurut Carlissha,dia perlu jawab 200  soalan. Soalan lebih kurang sama dengan soalan UKm1 tetapi tahap kesukaran yang tinggi..

Antara soalannya adalah seperti matching gmbr,nombor roman,maksud perkataan dan macam -macam lagi.alhamdullilah Carlish dapat menjawab semua soalan...terbit muka "lega" selepas keluar dari makmal komputer. 



Di harapkan utk tahun ni,ada rezeki lah untuk ke stage seterusnya ...
Sekian Cerita dari mama Carlisha 😀



1 comment:

  1. Numpang promo ya Admin^^
    ayo segera bergabung dengan kami di ionqq^^com
    dengan minimal deposit hanya 20.000 rupiah :)
    Kami Juga Menerima Deposit Via Pulsa & E-Money
    - Telkomsel
    - GOPAY
    - Link AJA
    - OVO
    - DANA
    segera DAFTAR di WWW.IONPK.ME (k)
    add Whatshapp : +85515373217 x-)

    ReplyDelete