Sunday, July 14, 2019

Carlisha grading taekwondo kali ke 2- Pro Sport Taekwondo

salam ...

hari ni nak update pasal Carlisha . Alhamdullilah , semalam carlisha berjaya grading buat kali kedua, dan  jika tiada sebarang masalah akan naik ke tali kuning 2. Grading kali ini aku pilih di Dewan Quartes Klia .. actually, parents Pro Sport Taekwondo kelab di kawasan Nilai dan sekitar ada dua pilihan tempat Grading , iaitu  di Sek keb Bukit Mahkota (malam Rabu) atau di Kompleks Dewan Kuaeters Klia pada Sabtu pagi , 

1st Grading yang lepas, aku pilih untuk grading di S.K Bukit Mahkota . ketika itu Papa Carlish , outstation pada weekend tu (tarikh gradling sekitar mac lepas)  .so kami pilih ke SKBM .. tapi a bit rush la plak ..lepas Maghrib je terus memecut ke Bukit Mahkota ..habis pun lewat kan ,esok nak sekolah lagi  dan alhamdullilah  Carlisha  berjaya nak kuning 1. 

Sebahagian pelatih yang sedang menunggu giliran. Mereka di kumpulkan mengikut warna belt masing-masing


berbalik pada kisah semalam , seawal 6.30 pagi aku kejutkan carlish dan papa  dia .. perjalanan ke sana dalam 10 min je tp tu smpi pun ngam2 je pkl 8pagi .. org lain da habis stretching , carlish baru smpi.. . ouch !!

Pelatih belt merah -hitam 


acara pertama adalah  grading bagi belt Merah dan Merah hitam . Untuk dua belt ni, mereka di beri kayu or plywood  untuk di pecahkan secara tumbuk atau sepak .. sepanjang aku teman  Carlish ketika latihan, tak plak nampak dorg d train utk tumbuk kayu ni.. cuma di buat ketika dalam grading sahaja .. so they have to use all the  pengalaman dari tali putih sehingga tali merah untuk  pratik kan bagi memecahkan papan tersebut . Ada yang dpt  sekali tumbuh dah pecah papan, ada  juga yg berjaya  dalam cubaan kedua  ,,, apa-apa pun Tahniah buat Mereka yang berjaya semalam .. Acik is proud ,, hi hi hi 

selepas Tali merah dan merah-hitam, giliran anak -anak tali putih pulak beraksi . Untuk batch kali putih kali ini, kebanyakkan mereka masih kecil lagi. comel-comel semuanya .. tak seperti Batch Carlish yang lepas. kebanyakkan batch Carlish  sekitar umur 7 thn ke 10thn  tapi batch kali ini sekitar umur 5 thn ke 7thn..comel !! ada jugak yang :"lost" teaguk walaupun Sir tunjuk di depan ... hi hi hi 

Carlish & the geng 

Team Tali kuning


selesai Tali putih,  giliran tali kuning 1 plak a.k.a Giliran Carlish. Nama mereka di panggil, seorang demi seorang oleh Coach. Carlisha antara Barisan hadapan,, Ngam-ngam depan Master (coach penilai) .. Alhamdullilah , dia berjaya perform dengan baik ..sebelum tu, salah seorg Coach pesan pada Carlish ketika training di Gym " kalau buat terbaik pada grading nnt , Sir recommend pada Master untuk double promotion ke Tali Hijau 1" ..  fuhhh.. suka mama dengar .. kalau ada rezeki Alhamdullilah, kalau tiada its ok then .. just follow the flow .. acara di teruskan oleh tali kuning 2, hijau 1, hijau 2, biru 1 dan biru 2.. taekwondo ni ada byk color tali taw.. Merah hitam pun ada smpi 3 Tali sebelum ke Tali Hitam .. Hitam pun ada banyak peringkat tali.. harap-harap Carlisha smpi Tali Hitam lah.. aminnn...

Sebahagian pelatih yang menunggu giliran 


habis saje Carlish perform, dorg di bawa ke kaunter Admin untuk timbang berat.,,mereka juga di beri pamplet dari kelab taekwondo.. pada september nanti ada kejohanan taekwondo Pro Sport  antara sekolah-sekolah Malaysia (peringat kebangsaan ) .. 

wow !! sounds good kan .. aku plan nak masukkan Carlish  dalam kejohanan tersebut sebagai pengalaman pertama untuk dia sebelum aku masukkan di ke kelas Sparring . so tolong la aku idea macam mana nak convince husband aku utk benarkan Carlish ke kejohanan tersebut .. ha ha ha 

poning den !! selain itu , dapat juga Carlish kumpul point mata koko dia . Peringkat kebangsaan tu wehh sayang kalau tak join.. hi hi 

carlish & Pia .. 


so sekian update utk kali ini. 
terima kasih kerana sudi baca ..

babai 

xoxo, 
adda mia kayra 

1 comment:

  1. Numpang promo ya Admin^^ (f)
    ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
    ayo segera bergabung dengan kami di ionpk.biz ^_$
    add Whatshapp : +85515373217 || ditunggu ya^^ x-)

    ReplyDelete