Friday, October 11, 2019

cara mudah untuk menjawab soalan Bundar ke puluh terdekat (round off to nearest 10 ) matematik tahun 1


salam sejahtera semua ..

kali ini aku nak cara share cara aku mengajar Carlish untuk menguasai bab Bundar @ Round Off . Aku start dari topik darjah 1 dlu ye iaitu Bundar ke Puluh yang terdekat . 

Topik round off atau bundar ini memang menguji kesabaran. Banyak kali aku mengajar Carlish tapi tak juga dia faham-faham ... So kesabaran mama is menipissss.. apa yang aku risaukan , kalaulah dia tak dapat menguasai topik ni dari darjah 1 , maka dia akan menghadapi masalah apabila berada di darjah 2,3,4,5 dan 6 kelak .. silibus matematik buat darjah 1 pula amatlah susah dan agak padat, So as a parents , aku kene bantu dia untuk kuasai topik ni . 

So aku mula cari idea  untuk fahamkan dia . Alhamdulllah aku gunakan cara seperti di Video di bawah . sekarang Carlisha dah darjah 3 dan  setiap kali keluar soalan Bundar atau round off , dia dapat menjawab dengan betul ...

so mama is legaaaaa..... 
so aku share kepada uols dengan harapan dapat membantu sedikit bagi meningkat markah utk subjek matematik ..hi hi hi 
.
sekian ..

xoxo, 
mama carlisha &kayra 


Monday, July 15, 2019

Skin care review: L'Oréal Paris Micellar water

Salam.. 

Hi !! Hari ni aku nak review 1 produk micelar water jenama L'Oréal Paris . Aku gunakan Micellar water ni lebih 3 bulan..  tak berapa pasti harga di drugstore ,sebab aku beli loreal micellar water di apps Hermo ketika sale! Time tu harga sekitar RM12 utk 250ml.murahkan .. hi...hi hi..



Micellar water ni bertindak 3 dalam 1 iaitu mencuci,membersihkan makeup serta melegakan .. dan yang bestnya ianya tak perlu di bilas.. kulit tak rasa melekit langsung walaupun tak di Bilas . Bestkan !! 
.
Kulit rasa bersih je .. cara gunakan pun senang. Letakkan sedikit micelar water pada cotton pad,dan sapukan secara lembut di bahagian muka,sekitar mata dan bibir . Senang kan !!

Repurchase : Of cos !! Tapi time sale lahh.. hi hi 

Bai!!

Xoxo,
Adda mia kayra

Sunday, July 14, 2019

Carlisha grading taekwondo kali ke 2- Pro Sport Taekwondo

salam ...

hari ni nak update pasal Carlisha . Alhamdullilah , semalam carlisha berjaya grading buat kali kedua, dan  jika tiada sebarang masalah akan naik ke tali kuning 2. Grading kali ini aku pilih di Dewan Quartes Klia .. actually, parents Pro Sport Taekwondo kelab di kawasan Nilai dan sekitar ada dua pilihan tempat Grading , iaitu  di Sek keb Bukit Mahkota (malam Rabu) atau di Kompleks Dewan Kuaeters Klia pada Sabtu pagi , 

1st Grading yang lepas, aku pilih untuk grading di S.K Bukit Mahkota . ketika itu Papa Carlish , outstation pada weekend tu (tarikh gradling sekitar mac lepas)  .so kami pilih ke SKBM .. tapi a bit rush la plak ..lepas Maghrib je terus memecut ke Bukit Mahkota ..habis pun lewat kan ,esok nak sekolah lagi  dan alhamdullilah  Carlisha  berjaya nak kuning 1. 

Sebahagian pelatih yang sedang menunggu giliran. Mereka di kumpulkan mengikut warna belt masing-masing


berbalik pada kisah semalam , seawal 6.30 pagi aku kejutkan carlish dan papa  dia .. perjalanan ke sana dalam 10 min je tp tu smpi pun ngam2 je pkl 8pagi .. org lain da habis stretching , carlish baru smpi.. . ouch !!

Pelatih belt merah -hitam 


acara pertama adalah  grading bagi belt Merah dan Merah hitam . Untuk dua belt ni, mereka di beri kayu or plywood  untuk di pecahkan secara tumbuk atau sepak .. sepanjang aku teman  Carlish ketika latihan, tak plak nampak dorg d train utk tumbuk kayu ni.. cuma di buat ketika dalam grading sahaja .. so they have to use all the  pengalaman dari tali putih sehingga tali merah untuk  pratik kan bagi memecahkan papan tersebut . Ada yang dpt  sekali tumbuh dah pecah papan, ada  juga yg berjaya  dalam cubaan kedua  ,,, apa-apa pun Tahniah buat Mereka yang berjaya semalam .. Acik is proud ,, hi hi hi 

selepas Tali merah dan merah-hitam, giliran anak -anak tali putih pulak beraksi . Untuk batch kali putih kali ini, kebanyakkan mereka masih kecil lagi. comel-comel semuanya .. tak seperti Batch Carlish yang lepas. kebanyakkan batch Carlish  sekitar umur 7 thn ke 10thn  tapi batch kali ini sekitar umur 5 thn ke 7thn..comel !! ada jugak yang :"lost" teaguk walaupun Sir tunjuk di depan ... hi hi hi 

Carlish & the geng 

Team Tali kuning


selesai Tali putih,  giliran tali kuning 1 plak a.k.a Giliran Carlish. Nama mereka di panggil, seorang demi seorang oleh Coach. Carlisha antara Barisan hadapan,, Ngam-ngam depan Master (coach penilai) .. Alhamdullilah , dia berjaya perform dengan baik ..sebelum tu, salah seorg Coach pesan pada Carlish ketika training di Gym " kalau buat terbaik pada grading nnt , Sir recommend pada Master untuk double promotion ke Tali Hijau 1" ..  fuhhh.. suka mama dengar .. kalau ada rezeki Alhamdullilah, kalau tiada its ok then .. just follow the flow .. acara di teruskan oleh tali kuning 2, hijau 1, hijau 2, biru 1 dan biru 2.. taekwondo ni ada byk color tali taw.. Merah hitam pun ada smpi 3 Tali sebelum ke Tali Hitam .. Hitam pun ada banyak peringkat tali.. harap-harap Carlisha smpi Tali Hitam lah.. aminnn...

Sebahagian pelatih yang menunggu giliran 


habis saje Carlish perform, dorg di bawa ke kaunter Admin untuk timbang berat.,,mereka juga di beri pamplet dari kelab taekwondo.. pada september nanti ada kejohanan taekwondo Pro Sport  antara sekolah-sekolah Malaysia (peringat kebangsaan ) .. 

wow !! sounds good kan .. aku plan nak masukkan Carlish  dalam kejohanan tersebut sebagai pengalaman pertama untuk dia sebelum aku masukkan di ke kelas Sparring . so tolong la aku idea macam mana nak convince husband aku utk benarkan Carlish ke kejohanan tersebut .. ha ha ha 

poning den !! selain itu , dapat juga Carlish kumpul point mata koko dia . Peringkat kebangsaan tu wehh sayang kalau tak join.. hi hi 

carlish & Pia .. 


so sekian update utk kali ini. 
terima kasih kerana sudi baca ..

babai 

xoxo, 
adda mia kayra 

Tuesday, July 9, 2019

ujian UKM 2 buat kali kedua

assalamualaikum ..


alhamdullilah.. buat kali keduanya Carlisha Berjaya ke ujian UKm2 . kali pertama adalah pada tahun lepas ketika berumur 8 thn . kali ni carlish tak berapa nak excited sangat seperti tahun lepas. sebabnya dia tahu yang soalan soalan untuk UKM2 sangatlah susah .. salute pada sesiapa yang mara ke pusingan seterusnya (perkhemahan hujung tahun ) 

Untuk layak ke UKm2, para pelajar harus menduduki ukm1 secara online.. ini link untuk Ujian UKM 1 , Exam ni selalunya di buka pada setiap awal tahun sehingga 31 Mei setiap tahun . . ujian ini boleh di buat di rumah, cybercafé atau ofis  mama papa ulos  dengan mengunakan computer. so para pelajar haruslah pandai mengunakan computer.. tak la terer sgt as long blh typing kira lulus lerrrr.. Carlisha pun typing lappy mcm patuk ayam .. ehekss..

keputusan kelayakkan ukm2 pula kebiasaanya di umumkan pada awal Julai. So during this period , parents or student kene alert untuk mengetahui kelayakkan anda, Pihak sana tak call, usually akan terima sms pada malam sebelum ujian, so pls alert!! Jika layak , anda akan di beritahu Tarikh ujian, masa serta pusat ujian . 

Awal pagi tadi , seawal 7.15 pagi aku dan carlisha terus menuju ke Pusat Ujian . pusat ujian carlish adalah Kolej Permata Insan , Tak berapa jauh dari kawasan rumah aku, perjalanan mengambil masa dalam 15mins aje .. tu pun sebab pagi-pagi ni jalan di area Nilai ni jem tahap tak boleh bincang .Stress taw!! eheks 
Selfie sebelum ke Permata Insan
Kami tiba di Usim sekitar 7.27 pagi,sempatlah tgk rutin pagi student-student permata insan. Aku dan carlish terus ke makmal komputer.sebabkan ni kali kedua carlish ambil ujian,so xde masalah nk mencari makmal komputer . 

Pintu masuk ke Kolej Permata Insan ,Nilai


 Kolej Permata Insan ni amat Cantik ! Mcm ala-ala University kooo..kagum tgk budak-budak sana belajar ..


carlisha di depan makmal komputer   


Tiba di makmal,ada dua org staff yang kendalikan Ujian uKm2.pelajar perlu membawa mykids serta surat tawaran dari pihak permata. Dalam pkl 8 pagi ujian bermula sehingga 11pagi. Kalau siap awal,korg blh balik awal. Menurut Carlissha,dia perlu jawab 200  soalan. Soalan lebih kurang sama dengan soalan UKm1 tetapi tahap kesukaran yang tinggi..

Antara soalannya adalah seperti matching gmbr,nombor roman,maksud perkataan dan macam -macam lagi.alhamdullilah Carlish dapat menjawab semua soalan...terbit muka "lega" selepas keluar dari makmal komputer. 



Di harapkan utk tahun ni,ada rezeki lah untuk ke stage seterusnya ...
Sekian Cerita dari mama Carlisha 😀



Tuesday, May 7, 2019

Breast abscess ? Mastitis ? fibroadenoma?

Salam ...
.
Sebelum ni aku tak pernah tahu tentang breast abscess mahupun mastitis ! Asal ada ketulan di payudara ,otak aku akan generate as breast cancer . Nak di jadikan cerita,pertengahan bulan feb lepas ,breast aku rasa sakit seperti bengkak susu.

Walhal,kayra da hampir setahun stop breast feed. So aku ke klinik pakar usim utk dapatkan pendapat Dr. Dr sahkan terdapat ketulan di breast aku. Dia referkan aku pada surgeon plak. 

Sedihnya aku time tu.tak dapat nak gambarkan. Aku bagi taw suami aku,muka dia relax je. Dalam relax sebenarnya dia sedih jgk ..sbb malam tu ketika dia solat aku dgr dia doakan aku ..  owhh...part tu laju airmata aku turun..

Bila tgk muka Carlish&kayra lagi lah hati sedih. Pujuk g hati agar tak fikir yang bukan2 tp its not as easy mcm tu je.. selang beberapa hari aku jmpa surgeon di Nilai medical centre. 

Aku di arahkan ke bahagian radiology untuk buat ultrasound. Hasil scan mmg ada ketulan dan ada cecair dlm ketulan tu.(acik xreti nak explain ) 

Ultrasound! Kat sana pun ada stated size breast lump




Settle ultrasond ,aku jmp surgeon balik. Dr kata aku ada breast abscess iaitu ada nanah hasil dari susu yang xkluar habis. Mmg rasa sakit area lump tu. Kalau picit lg sakit. Dr bekalkan aku antibiotic selama seminggu.

Selepas On antibiotics ,rasa sakit tu makin berkurangan tp selepas sebulan rasa sakit tu dtg lagi. This tinmme aku refer ke KK quarters Klia. Dr sana referkan aku ke hospital tuanku jaafar,seremban. Aku baca semua report perubatan dari Dr Nilai medical centre serta ultrasound. Dr decide agar aku buat biopsi. Report biopsi cuma diketahui selepas 10 hari waktu bekerja. Di saat entri ini di posted,aku menunggu lagi 8 hari utk biopsi result kluar. 

Hari ini (hari ke 7) area biopsi ada kesan lebam. Waktu mandi terkene plak sponge mandi. Darah kluar tanpa henti di area lump tu. Darah tu mcm berlendir taw . So aku&husband terus je HTJ . Dr da pesan .. klu ada apa2 yg terjadi terus ke ED. Skrg tgh tgu nama aku di panggil oleh Surgical. Sblm tu Dr lain da check ,darah aku di ambil. 
Inshaallah next entri,aku update kisah aku di ED serta keputusan biopsi. 

Kena ambil darah 


Doakan aku ye Sahabat! 

Love ,,
Adda mia kayra 



Sunday, February 24, 2019

Carlisha masuk kelas Taekwondo!

Salam ...

First entry buat tahun 2019. Sekian lama aku niat untuk masukkan Carlish ke mana-mana kelab sukan yang di minati. Alhamdulillah buat tahun ni ,Carlish sendiri bersuara utk di masukkan ke kelas Taekwondo.. mama be like "yeayyyy".

Bukan senang taw nk tgu Cik Carlisha ni buka mulut.sebelum ni ,aku pernah hantar dia ke kelas Gimrama di Kajang ,2minggu jee dia okeyyy.. lepas tu da xnak pergii....

Offer dia ke kelas swimming di Nilai Spring. Ada few classmate dia yg join jgk.tapi Carlisha kata "mama... Panas taw kawasan swimming pool tu   klau indoor ok la jagkkk" .
Hmmm... Saborrrr la acik dgr alasan diaaaa

Offer ke kelas Memanah di Dataran Nilai... Katanya "panah tu tajam lahhhh...nnt luka jari"
Hmmmm...alasaannnnnnn

Offer jugak di ke kelas bowling di mesamall.. uolsss taw x apa alasan dia ..
"Bola bowling beratt.. carlish x larat nak angkat "adoiiii la anak !!

Di pendekkan cerita,balik dari sekolah dia dapat flyers pasal kelas taekwondo. Dia suarakan hajat utk masuk ke kelas Taekwondo. Aku pun berbincang dgn husband lalu buat survey kelas Taekwondo di sekitar Nilai.

Di nilai,terdapat banyak kelab taekwondo yang aktif antaranya Pro Sport Taekwondo,koryo,hypermax ,beyond taekwondo dan mcm2 lagi. Antara kelab-kelab tersebut aku pilih Pro Sports Taekwondo.

Gym Pro sport berdekatan dengan rumah di samping waktu latihan yang amat flexible lbh2 lagi untuk weekend. Kalau xdpt hadir ke kelas pagi,blh hadirkan diri ke kelas petang. Yuran bulanan adalah RM70 + pendaftaran RM50. Yuran bulanan di bayar mengikut sem (3bulan iaitu RM210) di jelaskan pada awal sem .

Banyak perubahan ketara pada Carlish selepas join  taekwondo. Kalau dlu dia agak pemalu dan kurang berkeyakinan tp kini tak lagi. Kini dia lebih kedepan di kelas. Banyak memberi kerjasama pada cikgu dan berani membantah kehendakkan kawan sekelas jika di paksa. Tak lah jadi tukang ikutttt jeee..inshallah hujung Mac nnt dia akan grading. Doakan Carlish berjaya naik ke tali pinggang seterusnya.

Alhamdulillah
Thank You Allah

Xoxo,
Adda mia kayra

Hari pertama latihan di Gym

Latihan hari Ahad di salah sebuah sekolah di Bandar Baru Nilai







The polkadots by adda : Apam unicorn

Salam ....


Skrg aku da ambil order apam untuk design Unicorn. Alhamdulillah hebat jgk sambutan apam unicorn ni. So sesiapa yg berdekatan dgn Nilai ,kalau nk order blh la wassaping aku ye .. or tekan link ini The polkadots by adda  .

alhamdulillah .
Thank you Allah..

Xoxo,
Adda mia kayra