Monday, April 24, 2017

AKPK

Salam subuh

hari ni aku ada urusan dengan AKPK. Tido tak lena aku di buatnya . fuhhh... rasa seram babe !!tapi dalam hati berkata-kata jugak " sesuatu perkara yang baik , inshaaallah ALLAH mudahkan .So hari ni kebetulan Negeri Sembilan cuti (PH berganda sebab semalam israj mikra' dan pertabalan Yang Di Pertuan Agong )jadi aku bawa carlish dan kayra sekali ..

Tunjukkan pada anak-anak , selama mana pun hutang itu kita tak bayar, cari jalan penyelesaian . Bukan sekadar diam sahaja . Nnt mati Roh terawang-awangan .. Alhamdullilah baru sekarang dapat kesedaran ..

Hutang aku mungkin tak berapa banyak . Credit limit Credit Card adalah 4K, akibat tertunggak dari Mar2010, jadi sudah membelon sekitar RM18K.. fuhhh.. panahan RIBA!!minta nego pun , diorg sekadar bagi RM12K ajee,, org gila aje yang akan bayar amount yang tak masuk akal tuuu..

Jadi aku mula rujuk pada AKPK.. satu lagi loan hire purchase aku. Kereta aku let go pada adik aku , selepas 2tahun dia tak mampu nak bayar dan kereta di Tarik dan de lelong ... so tangunglah aku hutang yang pada dasarnya bukan salah aku .. sedihkan !!

tetapi awal Jan 2017, aku da mula bayar baki loan kereta balik. Di sebabkan komitmen yang tinggi , aku rasa kene refer AKPK jugak ... jadi kawan2 yang membaca blog aku ni , Doakan urusan aku di permudahkan nya ..

Credit card aku pada dasarnya dah lebih dari 7thn , tiada dalam rekod CTOS dan tiada tindakkan penghakiman . ada jgk  kawan2 legal , advice dalam limitation Act , (bad debt ) , so bank dah tak boleh buat apa2 tuntutan . Tapi sebagai muslim , tak perlu lari kot .. biarpun hutang 20 tahun, perlu bayar jugak.. nnt terawang-awangan ROH nnt ..


oklah ... update sampai di sini je , nak prepare breakfast buat anak2, so nnt di ofis AKPK xdelah lapar sgt .

doakan  terbaik buat aku dan family.

amin ...

xoxo,
adda mia kayra

Saturday, April 15, 2017

bagaimana untuk dapatkan laporan CCRis secara online

assalamualaikum

Hari ni nak cerita cara untuk dapatkan Laporan CCRIS dari bank Negara secara online. Aku ceritakan dari pengalaman sendiri. Aku sekarang dalam urusan untuk membuat AKPK bagi pinjaman lama aku.

Hutang wajib di bayar tapi bila interest mengunung tu, so membuat hajat kita terbantut! yelah mana nak cekau duit bebanyakkan ..  so buat masa ini aku cerita cara untuk dapatkan Laporan CCRIS tanpa pergi ke Bank Negara.

Aku tinggal di Nilai, so perjalanan ke bank Negara tu lebih kurang 1jam . Tapi Mr husband tak benarkan aku pergi sbb katanya susah nak parking lah , jalan jem lahh.. dan macam-macam lagi . nak naik komuter plak , kene bawa kayra dan strollernya skali. So kesian plak pada dia nnt sbb stesen Komuter Nilai xde lift. So mcm mana aku nak  dukung dia sekali dengan bawa stroller nnt !! parah aku nnt ... sadis kan !

bukak website bank Negara http://creditbureau.bnm.gov.my/reportobtain.html dan aku Nampak ada cara untuk request Laporan CCris secara online . So aku cuba dapatkan melalui cara tersebut . So berikut adalah procedurenya :

"If you are requesting a credit report personally at BNM LINK, Head Office or Bank Negara Malaysia Regional Offices/Branch, please bring along your MyKad and any other supporting documents that can verify your identity such as your driving licence or passport. The credit report will be given to you during the visit.

If you are requesting a credit report via correspondence, you may apply for it by completing and sending us the following:

  •       Credit Report Request Form (CRR);
  •       Loan Declaration Form;
  •       A clear photocopy of your MyKad (both sides); and
  •       Any combination of two other documents (with your name and address stated clearly on each copy) from the following:
  •                      Driving license;
  •                      Utility bills such as water bill, electricity bill, telephone bill or ASTRO bill;
  •                      Bank account statement;
  •                      Credit card statement; or
  •                      EPF statement.
The Credit Report Request Form and Loan Declaration Form are available from our website, creditbureau.bnm.gov.my or click here to download the form [PDF, 26K]

Please mail, fax or email the completed forms and supporting documents to BNMTELELINK, Bank Negara Malaysia at:

            BNM TELELINK
            Jabatan LINK dan Pejabat Wilayah
            Tingkat Bawah, Blok D
            Bank Negara Malaysia
            Jalan Dato' Onn
            50480 Kuala Lumpur
            Fax No: +603 2174 1515
            Email: bnmtelelink@bnm.gov.my   "

dah dapat info tersebut maka terus preparekan dokumen yang di perlukan .

download form di atas dan isikan . ada  2 borang yang perlu di isi iaitu ,
- borang permohonan laporan kredit
-borang pengistiharan pinjaman

aku sertakan 3 supporting dokumen yang mewakili diri kita iaitu IC copy depan belakang, Driving licience depan belakang dan  Salinan passport .

untuk yang tak de scanner blh install apps  "quick PDF scanner " di phone (android) . Scan dan send email kan dokumen yang di perlukan  dalam bentuk PDF. lebih kurang dalam 5 hari waktu bekerja , aku dapat  jawapan dari BNM.

Dah dapat email, korang kena call bank Negara untuk dapatkan password ZIP bagi laporan CCRis .so senangkan ..

Save minyak dan tenaga untuk ke Bank Negara . Jadi inilah pengalaman aku mendapatkan Laporan CCris secara online .

Next nnt , aku ceritakan urusan aku ke AKPK ye ..

Selamat mencuba .

babai,
xoxo,
adda mia kayra



Tuesday, April 11, 2017

Apam hello kitty ?

Assalamualaikum !!!!


Hari ni hakak terlebih rajin untuk update blog ni . Lately ni dapat banyak tempahan apam hello kitty ! Comelkan!!



Ini apam hello kitty version color purple 


Yang version color pink 
Yang ni version color merah !!


Harga apam hello kitty hakak , tetap sama walaupun situasi harga barang skrg suka suki aje nak naik kan !! So sesiapa yang nak buat tempahan boleh wassap 016 2596165

Harga apam hello kitty 

100pcs RM40 
50pcs RM25 

Filling :strawberry, blueberry , choc, kaya dan pandan 
Delivery :area Nilai (saya penduduk Nilai ) ,sekitar klia , bandar baru salak tinggi , kota warisan 


Sekian , terima kasih 

Xoxo.  
Adda mia kayra 









Kayra oh carlisha !

Assalamualaikum ...


Agak lama aku tak merepek di laman blog aku nih. Sejak beranak 2 ini agak sukar untuk aku dapatkan "ME" time. Ipad plak memang dah di conquer oleh Cik kayra yg comel tu. di kala malam , aku sibuk untuk siapkan tempahan apam polkadot (alhamdullilah rezeki ) so memang tak de nak fikir pasal update blog. jangan katakan update blog ! Nak update gambar apam di akaun insta hakak pun xde masa jahhh!! 

Nampak bebenor hakak bizi kan ! Alhamdullilah carlish dah menjejak ke darjah 1. So banyak masa aku untuk uruskan hal dia. Seawal 6 pagi bangun , solat ,siapkan breakfast dan bekal, siapkan kelengkapan dia dan seterusnya hntr cik carlish ke sekolah . 

Last month adalah first ujian 1 carlisha. alhamdullilah keputusan nya amat membanggakan aku dan Mr husband . Tak sia-sia aku jadi "mama LION" ketika mengajar dia di rumah !! Aku ni garang wehhh! N

*Carlish dapat 7A dari 7 subject 
*kedudukan dalam kelas :7/40 
*kedudukan dalam Darjah : 11/202 

So next month (May ) akan ada ujian penggal pertama . So di harapkan carlish dapat buat yang terbaik..amin 


Ok babai 

Xoxo, 
Adda mia kayra