Tuesday, August 9, 2016

Bercuti di avillion admiral cove PD

Assalamualaikum ..


Kali ni nak update percutian kami ke Port Dickson pada Bulan May yang lepas. Dah lama entry ni dok check in dalam "draft" folder, baru hari ni aku rajin nak publish entry ni .. Itu bermakna aku tgh banyak masa.. Alhamdullilah,rezeki untuk apam el mia licous melimpah ruah selepas raya tempoh hari . Tak cukup tidor aku di buatnya .. Syukurr..

Aku booking hotel melalui booking.com . Booking pun last minit. Esok nak pergi hari ni baru booking .. Haaaa,,, keje giler kan .. Seb baik ada bilik lagi ..  Percutian selama 3 hari 2 malam dengan harga RM504 termasuk cukai & GST!!! Harga itu termasuk dengan breakfast sekali yeee..

Sebelum gerak ke PD, aku dan husband pergi tukar timing belt kete dlu.. Lepas siap mekanik perasan salah satu tayar kereta da kembung !!! Adoiii bahayaaaaa.... So terpaksalah kami ke kedai tayar bagi menukar tayar yg kembung tuuu... Lebih kurang pukul 12 semuanya settle .. Ambil carlish dari kindy, balik rumah ambik segala barang yg da pack dan terus menuju ke PD.. 



Weefie bersama husband !! 

Pintu masuk ke Avilion Admiral Cove 

Kami tiba sekitar jam 3 petang . Bercuti pada hari biasa, orang pun tak ramai so memudahkan urusan kami pada hari itu . Kami booking superior room .
Permandangan dari tingkap bilik kami 


Untuk hari pertama , kami bersiar-siar di pekan PD dahulu . So untuk hari pertama tiada acara mandi pool bersama anak2.. Selesai makan kami pulang ke hotel ... Nak di jadikan cerita, malam pertama tu bilik kami blackout. Jadi pihak hotel pindahkan kami ke executive deluxe room .. Bertambah happylah kamiii.... Lagi besar bilik kami .. Setiap bilik ada sofa bed . Bed pun besar . Jadi setakat kami berempat ni memang muat sgat..
Pagi hari tgk kapal layar 

Sunsett!!



Breakfast di sini banyak pilihan  smpi carlish tak tahu mana yang nak di pilih untuk makan . 

Husband dan kayra tgh breakfast


Selesai breakfast kami bawa carlish&kayra ke pool.. Dorg ni memang suka swimming . Kayra swimming smpi tak ingat dunia .. Tak guna float uolssss... 

Kami ke pantai . Untuk ke private beach kenalah berjalan ckit . Carlish tak suka main air laut,so sekejap je kami di pantai manakala kayra suka main air laut .. Bila pijak pasir tu dia hentak2 kami dia .. Geli kotttt ..he he eh 


Carlish& kayra swimming 


Pada malam kedua kami dinner di king's char keow tiow .. So far pilihan makanan di sana ok lah.   Cepat pun cepat dan sedap.. Malas nak explore kedai jauh-jauh, sebab kayra dan carlish dah tdo ... Kepenatan berenang agaknya ..

Esoknya lepas breakfast , carlish & kayra swimming lagi sebelum check out . Next destination is Tok'ma house . So balik melaka la kiteee... So far utk vacay kali ni mmg kami puas hati .hotel avilion pun cantik .. Sorry tak banyak gambar aku dapat UP di sini sebab balik aje dari bercuti terus Hp aku rossakkk.... Nak nangis akuuu... Seb baik la ada gambar2 lain yang aku snap guna ipad..

Inshallah ..next time kita bercuti lagi ye anak-anak ...To husband keje rajin-rajin yeeee next time kita check in hotel thisle plakkk... He he he 



Babai, 
Lxoxo, 


Adda mia kayra rose 

No comments:

Post a Comment