Wednesday, August 10, 2016

Apam rainbow

Assalamualaikum ...

Dah lama aku tak update pasal apam kan . Terasa malas nk update pada bLog yang sAtu tuhh... He he 
Lepas raya hari tu , tempahan untuk apam aku amatlah memberangsangkan .. Alhamdullilah .. Ada order yang terpaksa aku reject dek takut tak terbuat.. Luas rezeki Allah .. 

So hari aku aku update koleksi apam rainbow pada blog ini ye..






Ini antara koleksi apam rainbow aku .. Jadi kalau sesiapa nak order boleh direct wassap 0162596165 

Apam rainbow 
100pcs RM40
50pcs.  RM25
Filling :coklat , strawberry,blueberry,kaya dan pandan .boleh pilih 2filling 
Free delivery area Nilai, bb salak tinggi, kota warisan 
Rm10 delivery charges ke putrajaya dan cyberjaya 

Tuesday, August 9, 2016

Bercuti di avillion admiral cove PD

Assalamualaikum ..


Kali ni nak update percutian kami ke Port Dickson pada Bulan May yang lepas. Dah lama entry ni dok check in dalam "draft" folder, baru hari ni aku rajin nak publish entry ni .. Itu bermakna aku tgh banyak masa.. Alhamdullilah,rezeki untuk apam el mia licous melimpah ruah selepas raya tempoh hari . Tak cukup tidor aku di buatnya .. Syukurr..

Aku booking hotel melalui booking.com . Booking pun last minit. Esok nak pergi hari ni baru booking .. Haaaa,,, keje giler kan .. Seb baik ada bilik lagi ..  Percutian selama 3 hari 2 malam dengan harga RM504 termasuk cukai & GST!!! Harga itu termasuk dengan breakfast sekali yeee..

Sebelum gerak ke PD, aku dan husband pergi tukar timing belt kete dlu.. Lepas siap mekanik perasan salah satu tayar kereta da kembung !!! Adoiii bahayaaaaa.... So terpaksalah kami ke kedai tayar bagi menukar tayar yg kembung tuuu... Lebih kurang pukul 12 semuanya settle .. Ambil carlish dari kindy, balik rumah ambik segala barang yg da pack dan terus menuju ke PD.. 



Weefie bersama husband !! 

Pintu masuk ke Avilion Admiral Cove 

Kami tiba sekitar jam 3 petang . Bercuti pada hari biasa, orang pun tak ramai so memudahkan urusan kami pada hari itu . Kami booking superior room .
Permandangan dari tingkap bilik kami 


Untuk hari pertama , kami bersiar-siar di pekan PD dahulu . So untuk hari pertama tiada acara mandi pool bersama anak2.. Selesai makan kami pulang ke hotel ... Nak di jadikan cerita, malam pertama tu bilik kami blackout. Jadi pihak hotel pindahkan kami ke executive deluxe room .. Bertambah happylah kamiii.... Lagi besar bilik kami .. Setiap bilik ada sofa bed . Bed pun besar . Jadi setakat kami berempat ni memang muat sgat..
Pagi hari tgk kapal layar 

Sunsett!!



Breakfast di sini banyak pilihan  smpi carlish tak tahu mana yang nak di pilih untuk makan . 

Husband dan kayra tgh breakfast


Selesai breakfast kami bawa carlish&kayra ke pool.. Dorg ni memang suka swimming . Kayra swimming smpi tak ingat dunia .. Tak guna float uolssss... 

Kami ke pantai . Untuk ke private beach kenalah berjalan ckit . Carlish tak suka main air laut,so sekejap je kami di pantai manakala kayra suka main air laut .. Bila pijak pasir tu dia hentak2 kami dia .. Geli kotttt ..he he eh 


Carlish& kayra swimming 


Pada malam kedua kami dinner di king's char keow tiow .. So far pilihan makanan di sana ok lah.   Cepat pun cepat dan sedap.. Malas nak explore kedai jauh-jauh, sebab kayra dan carlish dah tdo ... Kepenatan berenang agaknya ..

Esoknya lepas breakfast , carlish & kayra swimming lagi sebelum check out . Next destination is Tok'ma house . So balik melaka la kiteee... So far utk vacay kali ni mmg kami puas hati .hotel avilion pun cantik .. Sorry tak banyak gambar aku dapat UP di sini sebab balik aje dari bercuti terus Hp aku rossakkk.... Nak nangis akuuu... Seb baik la ada gambar2 lain yang aku snap guna ipad..

Inshallah ..next time kita bercuti lagi ye anak-anak ...To husband keje rajin-rajin yeeee next time kita check in hotel thisle plakkk... He he he 



Babai, 
Lxoxo, 


Adda mia kayra rose 

Peter & jane



Assalamualaikum ..

Dah lama nak update pasal buku peter&jane , cuma hari ni baru ada kesempatan untuk aku update. Series peter&jane book  recommend by mama adni (kawan aku) . Anak-anak mama adni, semua cepat membaca (english book) .. Speaking english pun berhabuk kauuu... Sejak carlish bekawan dgn adni&zahra, sedikit sebanyak mempengaruhi english carlish .. Carlish pun da terer speaking.. Alhamdullilah .. 

Ada yang kata buku ni membuatkan anak kita lebih pada menghafal tapi pada aku bila da asyik repeat perkataan sama berulang-ulang , secara automatik nya bila nampak perkataan yang sama pada buku lain dorg terus boleh sebut . 

Buku ni ada 12 series dan setiap series terdapat 3 anak buku . So total ada 36 buah buku semuanya . Harga buku RM10.95 di kedai popular) tapi sebab aku member so dapatlah potongan 10%.jadi belilah ckit2 dlu lagipun buku ni boleh di gunakan untuk adik carlish plak iaitu kayra dan seterusnya (haaaa yang tu tak tahu bila plakkkk ) 

So skrg ni carlish dah 6 tahun dan tak lama lagi kan masuk darjah 1, so aku harap2 sangat dia dapat menguasai bahasa inggeris dgn bagus sekali .. 

AMIN ...

Xoxo, 
Adda mia kayra rose

Saturday, August 6, 2016

Lama tak berblog!!!

Assalamualaikum....

Da lama  sungguh aku tak update blog ni..  Berbulan kot.hari ni baru teringat nak buka blog balik. Kih kih kih..


Sebenarnya ada banyak cerita aku nak story tapi kemalasan utk menjadi-jadi sangat..  Anggap je la ni kenkonon comeback aku yee...

Ok babai
Xde idea nak update cerita

Xoxo,
Adda mia kayra