Sunday, October 12, 2014

gigi geraham!! awwwww.... wisdom tooth

assalamualaikum ...

hari ni mama carlish ter rajin ckit nak update blog!!ok le rajin kan .. klu malas mmg tak de apa-apa entry untuk blog ni nnt. okeh, 29 Okt nnt mama carlish nak kene operate gigi bongsu untuk kali kedua plak .. errrrrrrrkkkkk!!!!ribut xde, angin xde tetiba nak operate buat kali ke dua plak kan .. apa lah pelik mama carlish ni !!!

kah kah kah

actually penghujung bulan Ogos yang  lepas, mama carlish nak buat operation yang pertama untuk geraham bongsu bawah kiri mama carlish. so Di sini mcm carlish nak story morry ckit pengalaman pertama ..

Gigi geraham mama carlish di bahagian kiri (bawah) berlubang ckit. Tetapi sebabkan gigi itu tumbuh menyenget maka gigi itu tidak di tampal. oleh sebab yang demikian gigi tersebut terpaksalah di operate . Untuk masalah gigi geraham tumbuh sengget tu adalah perkara biasa. Menurut doctor yang merawat mama carlish, masalah gigi geraham bongsu tumbuh tak betul d sebabkan tiada ruang yang cukup untuk gigi itu keluar.


 ini yang mama carlish cakap tadi .. tak cukup ruang
 
tu yang dia tumbuh ikut suka je.. sabar je lah kan .. mama carlish buat pembedahan gigi bongsu di hospital putrajaya. mula-mula mama carlish check gigi di klinik pergigian Taman Semarak di Nilai. ketika tu mama carlish  rasa kurang selesa pada gigi. so selamber je la pegi check kot2 ada gigi yang baru memulakan lubang kan .. Rupa-rupanya memang betul pun . so doctor advice untuk operation bagi geraham bawah dan gigi geraham atas kene cabut.


                                                     tengok tuhhh!! baik punya landing ...

Insurance tak cover untuk operation gigi. So di saat itu mama carlish decide untuk cabut yang atas dulu.pastu doctor advice fees untuk pembedahan Rm700. amboiiii!!! mahalnyaaaaa... so lepas cabut gigi mama carlish terus balik nak story morry pada papa carlish !!

lepas beberapa hari , kawan mama carlish bagi idea untuk operate di gov hospital. Murah pun murah..save bajet papa carlish !!! ahakssss...

jadi mama carlish pergi la ke klinik pergigian salak di Sepang. lepas check doktor bagi refer letter to hospital putrajaya. selang seminggu mama carlish ke Hospital Putrajaya. owhh sungguh bagus ke Hospital Putrajaya.. Sungguh cepat okehh!!  mama carlish rasa kurang dalam sejam , mama carlish berurusan .

mula-mula daftar di kaunter pendaftaran pastu terus ke klinik pakar bedah mulut. dalam beberapa minit nurse panggil dan mama carlish di minta utk xray gigi. bahagian xray tu memang ramai orang tapi biasaler hospt gov. mestilah ramai. Bayar RM5 je kot. so dengan itu kita kene sabar . kalau nak cepat sila sediakan RM700 dan sila ke klinik pergigian swasta yang berdekatannn !!! he he he
 
lepas 30minit nama mama carlish di panggil untuk Xray.. 30 min je pun.. sempat lagi untuk main coc dan township taw ... he he he selesai xray mama carlish ke klinik pakar bedah mulut kembali dan terus berjumpa dengan Doktor adda.
 
owhh Doktor itu sungguh baik. sampaikan carlish pun suke .. owhh doktor kalau buka klinik gigi inform kami ye.. confirm kami jadikan klinik doktor as a our family klinik. makesure ada compumed taw.. he he he

selepas doktor check gigi , dia decide kan tarikh pembedahan .. so termetrai lah pada 29 ogos tu gigi geraham bawah bahagian kiri akan di buang .. scaryyy jahhh oiiittttt

macam-macam info dan feedback mama carlish dapat tentang pembedahan gigi bongsu ni. so rasa takut2 tu mula bagi salam .. tapi mama carlish relax je . Buat apa nak takut . nak atau tidak kene la facing semua tu. klu tak nak tahan sakit gigi sampai bileeee.. iye ke idok????

so pada 29 ogos tu mama carlish ke hospital putrajaya bersama carlish. papa carlish bz pada hari tersebut, ada meeting nak kene attend . klu dia xde agaknya kerja tak boleh jalan kottt!! baekkk punya perli. he he

lepas register mama carlish pegi makan dulu di kantin hospital . ingat ye readers, sebelum operate gigi kene makan dulu,jangan biarkan perut tu kosong . nnt sakit gigi berkaloberasi dengan sakit lain plakk.. yang parahnya adalah diri anda sendiri nnt ...

tepat dalam pkul 9pagi nombor mama carlish dia panggil dan doktor adda dah sedia menunggu, sebelum lakukan pembedahan dia terangkan segala prosedur dan kesan sampingan . setelah mama carlish faham , pembedahan di lakukan. doktor adda tu siap minta mama carlish berzikir dalam hati. owhh bagus doktor ni,, ni yang mama carlish nak bagi 5 bintang pada dia ... serius !!

mula-mula kene bius rasa sakit ckit pastu terus mulut kebas. sumpah !! kalau kasi pelempang jepun time tu memang tak rase apa pun.. kebas jeerrr.. lepas tu gigi mama carlish di tekan-tekan dan mama carlish rasa doktor pecahkan gigi bongsu tu .. apa yang mama carlish rasa ???sumpahh!! tak tipu !!tak rasa sakit apa  pun ...

selepas setengah jam pembedahan pun selesai . doktor set kan tarikh untuk buang benang pada minggu seterusnya .. dah habis semua terus mama carlish ke kaunter farmasi bagi mengambil ubat dan kaunter hasil untuk bayar kos pembedahan .. berapa erk kene bayar ???murah ajer .. RM50 !! Berbeza tak RM700 dan Rm50... beza dari segi nilai wang  tapi sakit gigi swasta dan gov same je.. xde beza !!

tapi bila nak bayar dorg tak terima plak duit mama carlish . tak laku agaknya .. he he tak laahh.. dorg kata sebab rujukan kerajaan so free of charge !! di ulang sekali lagi  Free of Charge .. so senyum lah mama carlish. boleh guna duit itu utk beli novel ...

lepas tu mama carlish terus balik rumah . pada ketika itu pun kesan bius tu tak habis lagi.. bosan duduk rumah mama carlish ajak si kecik tu keluar ke klia2 .. tgkk!! baru je operate  dah
nak jenjalan ..btw, itulah pengalaman mama carlish . macam tak sakit je kan . lepas beberapa  jam sakit pun bagi salam ... so telan lah ubat.

dalam tempoh seminggu tu memang kene jaga betul-betul kebersihan gigi. kene gosok gigi ye di bahagian operate tu. buat perlahan2 taw !! kene elakkan makan-makanan keras, makan bubur je .. pastikan sisa makanan tak masuk dlam lubang gigi tadi, klu masuk ... awwwwwww sakit hingga ke kepala ...

okeh la itu je yang mama carlish nak update ..
next wisdom operation mama carlish update lagi okeh...

babai,

xoxo,
adda mia carlisha

2 comments:

  1. Thanks For the info sis . sgt berguna pde sya Yg tgah tkt ni.. Huhu... Next month akn wat operation Gg Bongsu.. Takut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks sudi baca entry saya ..

      jangan takut.. tak sakit pun.. cuma kene jaga kebersihan gigi di bahagian operate .. selepas seminggu inshaalah sembuh... Saya doakan awak selamat menjalani pembedahan gigi bongsu ye ..

      Delete