Tuesday, October 14, 2014

Review novel: Dia ... Isteri luar biasa


Penulis: Umie Nadzimah 
Muka surat : 616

Assalamualaikum..

Hari ini mama Carlish rajin nak review novel plak.. He he ..
Ini novel kedua hasil nukilan Umie Nadzimah yang mama carlish baca .. So far, novel ni memang menarik untuk di baca sama seperti "kerana terpaksa ... Aku relakan " yang telah di adaptasi di TV beberapa bulan  lepas . 

Novel ini mengisahkan dewi yusra seorang usahawan Nasi Ayam Bonda  yang juga boleh di kategorikan seorang yang anti lelaki, tak percaya pada lelaki dan benci lelaki tetapi mempunyai keinginan untuk mempunyai anak. HAhhh!!! Acaner tuhh...

Di sebabkan dia memikir pewaris untuk Nasi Ayam bonda maka dewi pun mula memasang misi untuk mendapatkan anak. Plan pertama dia ke klinik untuk menyuarakan pendapatnya untuk mendapat anak  dengan kaedah IVF. Tetapi keinginannya itu di tolak oleh para doktor yang di lawati. YeLahh macam mana tak kene tolak,belum kawen nak buat IVF .. Satu lagi, terang-terangan lah salah di sisi agama buat IVF tanpa suami ..sperma mana nak pakai ???? Iye ke idokkkk...

Jadi terpaksalah dewi mencari suami segera ... Untuk  misi mencari  "suami sementara"dewi meminta bantuan sahabat baiknya iaitu  cik kem a.k.a kamarul. Cik kem ni sebenarnya syok dengan dewi yusra ni. Tetapi di sebabkan dewi yusra memang tak layan lelaki , si cik kem ni jadilah ala2 sutun untuk merapatkan diri dengan dwi. 

Pilihan suami segera dewi yusra pun bukan calang2 !!! Taste tinggi okehh!!! Tak padan dengan sementara..  Nak yang genius!!lelaki baik -baik !!stok sembahyang !! Gen terhebat !!!Haa... Rasa2nya ada kene orang macam ni ???  Dalam cerita novel of Cos ler aderr!!!! Jadi pening lah cik kem mencari calon-calon suami sementara untuk dewi ni tetapi semuanya di reject !!! Last2 cik kem offer diri sendiri ... Lagi lah dewi reject !!! He he  he 

Jadi pertemuan dewi dengan Raden Amzar dalam flight perjalanan balik ke KL dari Heathrow , telah membantu sikit usaha nya dalam menjejak suami sementara limited edition tuh !! Gara-gara tertukar beg, mereka dapat mengenal antara satu sama lain .. 

Pastu dewi ni buat rancangan jahat untuk tangkap khalwat dengan Raden .. Yelah nak tackle Raden Kan,, xde cara lain so dia gunakan cara tu untuk kawen dengan Raden .. Raden pun bila di tangkap khalwat Mcm okeh je, xde bantahan langsung sbb dia pun syok kat dewi tu..

Maka bermula lah kisah rumahtangga antara dewi dan Raden. Dengan kak long Raden yang suka masuk campur dalam pilihan isteri Raden . Memang makan hati dewi . Itulah nak kawen memang senang tapi dalam harungi hidup dalam perkahwinan macam2 taw .. 

Selepas beberapa bulan kawen, dewi di sahkan mengandung. Plan awal dewi , dia akan berkahwin sehingga mengandung sahaja pastu say "bye bye " pada En suami, tetapi sangkaan dewi salah ... Kerana dalam dia mengalami morning sickness yang terus dan tak boleh tak bau badan Raden ... Ha ha ha..

Pastu macam-macam berlaku... Novel ni pun boleh tahan kelakar taw..Nak tahu lebih lanjut kenalah baca dan beli novel ni ye .. Harap2 review dari mama Carlish ni dapat menarik perhatian anda untuk memiliki Novel ni .. Okeh mama Carlish berhenti smpi di sini ye ..

Nnt mama Carlish review novel lain plak... Nak layan coc plak ... 

Okeh ...
Babai ...

Xoxo, 
Adda Mia Carlisha






Sunday, October 12, 2014

gigi geraham!! awwwww.... wisdom tooth

assalamualaikum ...

hari ni mama carlish ter rajin ckit nak update blog!!ok le rajin kan .. klu malas mmg tak de apa-apa entry untuk blog ni nnt. okeh, 29 Okt nnt mama carlish nak kene operate gigi bongsu untuk kali kedua plak .. errrrrrrrkkkkk!!!!ribut xde, angin xde tetiba nak operate buat kali ke dua plak kan .. apa lah pelik mama carlish ni !!!

kah kah kah

actually penghujung bulan Ogos yang  lepas, mama carlish nak buat operation yang pertama untuk geraham bongsu bawah kiri mama carlish. so Di sini mcm carlish nak story morry ckit pengalaman pertama ..

Gigi geraham mama carlish di bahagian kiri (bawah) berlubang ckit. Tetapi sebabkan gigi itu tumbuh menyenget maka gigi itu tidak di tampal. oleh sebab yang demikian gigi tersebut terpaksalah di operate . Untuk masalah gigi geraham tumbuh sengget tu adalah perkara biasa. Menurut doctor yang merawat mama carlish, masalah gigi geraham bongsu tumbuh tak betul d sebabkan tiada ruang yang cukup untuk gigi itu keluar.


 ini yang mama carlish cakap tadi .. tak cukup ruang
 
tu yang dia tumbuh ikut suka je.. sabar je lah kan .. mama carlish buat pembedahan gigi bongsu di hospital putrajaya. mula-mula mama carlish check gigi di klinik pergigian Taman Semarak di Nilai. ketika tu mama carlish  rasa kurang selesa pada gigi. so selamber je la pegi check kot2 ada gigi yang baru memulakan lubang kan .. Rupa-rupanya memang betul pun . so doctor advice untuk operation bagi geraham bawah dan gigi geraham atas kene cabut.


                                                     tengok tuhhh!! baik punya landing ...

Insurance tak cover untuk operation gigi. So di saat itu mama carlish decide untuk cabut yang atas dulu.pastu doctor advice fees untuk pembedahan Rm700. amboiiii!!! mahalnyaaaaa... so lepas cabut gigi mama carlish terus balik nak story morry pada papa carlish !!

lepas beberapa hari , kawan mama carlish bagi idea untuk operate di gov hospital. Murah pun murah..save bajet papa carlish !!! ahakssss...

jadi mama carlish pergi la ke klinik pergigian salak di Sepang. lepas check doktor bagi refer letter to hospital putrajaya. selang seminggu mama carlish ke Hospital Putrajaya. owhh sungguh bagus ke Hospital Putrajaya.. Sungguh cepat okehh!!  mama carlish rasa kurang dalam sejam , mama carlish berurusan .

mula-mula daftar di kaunter pendaftaran pastu terus ke klinik pakar bedah mulut. dalam beberapa minit nurse panggil dan mama carlish di minta utk xray gigi. bahagian xray tu memang ramai orang tapi biasaler hospt gov. mestilah ramai. Bayar RM5 je kot. so dengan itu kita kene sabar . kalau nak cepat sila sediakan RM700 dan sila ke klinik pergigian swasta yang berdekatannn !!! he he he
 
lepas 30minit nama mama carlish di panggil untuk Xray.. 30 min je pun.. sempat lagi untuk main coc dan township taw ... he he he selesai xray mama carlish ke klinik pakar bedah mulut kembali dan terus berjumpa dengan Doktor adda.
 
owhh Doktor itu sungguh baik. sampaikan carlish pun suke .. owhh doktor kalau buka klinik gigi inform kami ye.. confirm kami jadikan klinik doktor as a our family klinik. makesure ada compumed taw.. he he he

selepas doktor check gigi , dia decide kan tarikh pembedahan .. so termetrai lah pada 29 ogos tu gigi geraham bawah bahagian kiri akan di buang .. scaryyy jahhh oiiittttt

macam-macam info dan feedback mama carlish dapat tentang pembedahan gigi bongsu ni. so rasa takut2 tu mula bagi salam .. tapi mama carlish relax je . Buat apa nak takut . nak atau tidak kene la facing semua tu. klu tak nak tahan sakit gigi sampai bileeee.. iye ke idok????

so pada 29 ogos tu mama carlish ke hospital putrajaya bersama carlish. papa carlish bz pada hari tersebut, ada meeting nak kene attend . klu dia xde agaknya kerja tak boleh jalan kottt!! baekkk punya perli. he he

lepas register mama carlish pegi makan dulu di kantin hospital . ingat ye readers, sebelum operate gigi kene makan dulu,jangan biarkan perut tu kosong . nnt sakit gigi berkaloberasi dengan sakit lain plakk.. yang parahnya adalah diri anda sendiri nnt ...

tepat dalam pkul 9pagi nombor mama carlish dia panggil dan doktor adda dah sedia menunggu, sebelum lakukan pembedahan dia terangkan segala prosedur dan kesan sampingan . setelah mama carlish faham , pembedahan di lakukan. doktor adda tu siap minta mama carlish berzikir dalam hati. owhh bagus doktor ni,, ni yang mama carlish nak bagi 5 bintang pada dia ... serius !!

mula-mula kene bius rasa sakit ckit pastu terus mulut kebas. sumpah !! kalau kasi pelempang jepun time tu memang tak rase apa pun.. kebas jeerrr.. lepas tu gigi mama carlish di tekan-tekan dan mama carlish rasa doktor pecahkan gigi bongsu tu .. apa yang mama carlish rasa ???sumpahh!! tak tipu !!tak rasa sakit apa  pun ...

selepas setengah jam pembedahan pun selesai . doktor set kan tarikh untuk buang benang pada minggu seterusnya .. dah habis semua terus mama carlish ke kaunter farmasi bagi mengambil ubat dan kaunter hasil untuk bayar kos pembedahan .. berapa erk kene bayar ???murah ajer .. RM50 !! Berbeza tak RM700 dan Rm50... beza dari segi nilai wang  tapi sakit gigi swasta dan gov same je.. xde beza !!

tapi bila nak bayar dorg tak terima plak duit mama carlish . tak laku agaknya .. he he tak laahh.. dorg kata sebab rujukan kerajaan so free of charge !! di ulang sekali lagi  Free of Charge .. so senyum lah mama carlish. boleh guna duit itu utk beli novel ...

lepas tu mama carlish terus balik rumah . pada ketika itu pun kesan bius tu tak habis lagi.. bosan duduk rumah mama carlish ajak si kecik tu keluar ke klia2 .. tgkk!! baru je operate  dah
nak jenjalan ..btw, itulah pengalaman mama carlish . macam tak sakit je kan . lepas beberapa  jam sakit pun bagi salam ... so telan lah ubat.

dalam tempoh seminggu tu memang kene jaga betul-betul kebersihan gigi. kene gosok gigi ye di bahagian operate tu. buat perlahan2 taw !! kene elakkan makan-makanan keras, makan bubur je .. pastikan sisa makanan tak masuk dlam lubang gigi tadi, klu masuk ... awwwwwww sakit hingga ke kepala ...

okeh la itu je yang mama carlish nak update ..
next wisdom operation mama carlish update lagi okeh...

babai,

xoxo,
adda mia carlisha

Saturday, October 11, 2014

today is sunday !!!

assalamualaikum semua ...

happy sunday !! so apa planning korang hari ni ???sunday for sure is family day kan ..
masa inilah nak bergurau-gurau dengan ahli keluarga ..
 bagi mama carlish selepas beberapa hari penat berbaking,hari ni nak relax2 kejapp...

oh my sunday !!

jangan lupa kain baju yang nak mengunung untuk di lipat ye mama carlish !!!

okeh nak siap2 kan diri untuk g breakfast ..

breakfast di mana ???
di mana lagi klu bukan di mamak as salam ....
kih kih kih

itulah port terbaik kat nilai ni... he he he

okeh babai ...
sayangi family okehh...

babai,

xoxo,
adda mia carlisha