Salam dan selamat sejahtera ..
Hari ni aku nak update kisah mengenai cabinet kitchen. Kitchen cabinet ini adalah menjadi perkara
yang selalu menjadi perhatian bagi mereka
yang bakal memasuki rumah baru atau rumah sendiri. Kalau ikut kehendak, macam-macam jenis design
yang bermain-main di fikiran untuk di pasangkan di rumah sendiri.. samalah
macam aku .. otak asyik fikir design cabinet yang sesuai untuk kitchen aku nanti .
Nak buat jenis “L” shape ke ? “U” shape ke ? nak jenis 3g ke
? laminated? Melamine ?? owhh macam-macam jenis rupanya .. apa beza semua jenis
tu ?? beza dari segi harga dan kualiti .. makin mahal ko bayar material cabinet
so makin tinggilah kualiti cabinet korang nnt ..
Rumah yang bakal aku duduki nanti adalah jenis
apartment je .. so kitchen xla besar
mana .. yelah rumah apprtment berkeluasan 850sqft je.. tapi syukurlah .. ada
jugak rumah buat aku ,husband dan anak –anak .. buat masa ni dalam otak aku berimpikan kitchen cabinet yang jenis “L’
shape serta di letakkan partitian
sebagai pemisah antara dapur dan dining hall ..
Dalam masa bincang-bincang tentang design cabinet ni, ada
jugak la idea yang tidak bersependapat dengan husband aku .. yelah !! aku yang
duduk kat dapur tu lama-lama kan , so aku nak la design cabinet tu mengikut
citarasa aku.. kan kan kan !!
.inshallah, dalam minggu ni aku dan husband akan survey harga untuk pasang kitchen cabinet ni.
Bajet kami adalah dalam 4k .. harap-harap adalah kitchen cabinet yang cantik yang mengikuti spesifikasi
kitchen cabinet aku…
Inshallah … bila
da confirm semua nanti, akan aku update di
blog aku ni ..
Terima kasih kerana
sudi membaca coretan aku ni ..
Xoxo,
Adda mia kayra