Monday, March 19, 2018

kongsi resepi : Tahu telur bersama sos tiram

salam dan selamat sejahtera ..

hari ni aku nak kongsikan resepi Tahu telur bersama sos tiram yang menjadi favourite food husband aku .. so moh kita tengok resepi dulu ....



Bahan yang di perlukan :.
2 batang tahu telur 
sedikit tepung jagung 
Bawang besar 
Bawang putih 
Halia
kacang buncis (jika ada ) 
sos tiram ( ikut  pada u'ols nak guna berapa sudu ) 
Kicap (ikut suka u'ols nak guna berapa sudu ) 
air 





langkah pertama : 

potong tahu telur dan gaulkan bersama tepung jagung . Aku salutkan bersama tepung jagung untuk dapatkan tahu telur yang garing dan di samping tu , dapat elakkan dari tahu telur tu  pecah apabila kita nak balikkan ketika goreng nanti 

gorengkan tahu telur sehingga berwarna keemasan . 

langkah 2 

Tumiskan bawang merah , bawang putih, halia sehingga naik bau kemudian masukkan sos tiram dan sedikit kicap mengikut sukatan anda. Tak perlu masukkan garam , sebab kicap tu dah mengandungi banyak kandungan garam.. 

Apabila dah nampak sebati masukkan sedikit air dan juga sedikit air yang dicampurkan dengan tepung jagung untuk pekatkan kuah . kemudiaan masukkan kacang buncis bersama tahu telur dan biarkan sebati  untuk beberapa ketika ..

kemudian... siapppppppppp



semoga perkongsian resepi ini dapat memudahkan kerja memasak u'olss di dapur ..


sekian .. Terima kasih kerana sudi membaca ..


xoxo,
adda mia kayra

Friday, March 2, 2018

Pengalaman ke Velodrome Nasional Nilai

Salam dan selamat Sejahtera

Entry kali ini aku nak postkan pengalaman aku, Carlisha , kayra dan hubster ke Velodrome Nasional di Nilai . Baru-baru ni ada kejohanan Trek berbasikal Asia di Nilai dan kami berkesempatan untuk melihat dan memberi sokongan kepada Team Malaysia..

Jarak Velodrome Nasional dari rumah aku kurang dari 10 min. ini kali Pertama aku  menjejakkan kaki ke dalam Velodrome . Sewaktu sukan sea KL2017, tak berkesempatan nak ke Velodrome, tapi sempat la beri sokongan kepada acara berbasikal atas jalan raya (tak tahu apa official nama acara tu ) hi hih  sebab dorg lalu jalan area depan rumah aku je... berpanas aku bagi skongan taww!! hi hi hi

Velodrome ini di rasmikan dalam Bulan Mei 2017 kalau tak silap (sebab aku ada nampak banner sewaktu perasmiannya  jalan2 area Nilai) . Velodrome ni agak besar terletak bersebelahan Stadium tertutup Nilai dan berhadapan Universiti Sains Islam Malysia (Usim ) .




Velodrom Nasional, Nilai 


Selepas breakfast bersama anak-anak dan suami, kami gerak ke  Velodrome Nilai , ketika itu beberepa acara sedang di jalankan . Parking kereta agak senang nak cari, Kalau parking full area Velodrom , korang boleh parking kat Stadium Tertutup Nilai tu . harga tiket adalah RM20 dan kanak-kanak di bawah 5tahun Free.. kami ada passs masuk , so FOC la ye ...



wajah Hubster bersama baju kesayangannya  MU(bukan manchester united tpiiii Melaka united ) 

Acara yang sedang berlangung ketika kami memasuki Voledrome 



Beberapa peserta sedang bersedia untuk acara seterusnya . Nampakkan  pelumba Malaysia . kalau tak silap dia ni , farina ..Cik Kayra bukan main galak jerit-jerit bagi sokongan buat Farina . walhal di cuma ikut org berteriak jekkk... tak padan dengan umur 2tahun 8bulan kottt.. Meriah Velodrom dek dgr suara dia jeee..

First aku nampak snap gambar  dekatt.. jakun wehh!!


Yang ni plak Fatehah Mustafa .. Teruja aku nampak dia !! kot-kotlah dia terbaca blog aku ni, komen "hi " yeeee... overnyaaaa aku nihhhh 






Hubster dan kayra .. asyik snap gambar dorg je, so lupa nak snap gambar sendiri taw !


lepas beberapa jam , Cik kayra start buat perangai . Dah penat  la kot.. So da sampai time untuk beredar pulang. Pengalaman yang agak menarik buat carlisha & kayra ..  Bukan senang nak tengok event besar seperti ini diadakan lagi .. next tak tahu bile kan ...

so sampai di sini je buat kali ni . 
terima kasih kerana sudi membaca ...

Majulah Sukan untuk negara 

xoxo, 
adda mia kayra