Salam
…
Sebut
nama “cik SIti” semua orang akan mengeluh. Sape tu “cik siti ‘?? Cik siti a.k.a
tikus … adoiii!! Kalau ada je tikus yang buat rombongan rumah memang runsing
kepala dan menghalau dia keluar . Bukan senang weh nak halau dia keluar .
Balik
aje dari kampung sempena Raya Haji ,
tgk keadaan rumah seperti ada perubahan
. ohmaiiiii dalam 4 hari tak da dirumah “cik tikus” buat project kat rumah plak
. maka langkah pertama , aku pasang perangkap tikus . Husband guna ikan goreng
sebagai perangkap. Korang nak tahu . bawah sofa aku di jadikan sebagai “kubu pertahanan “ bagi dorg. Habis
berlubang dan bau kencing tikus. Geram aku di buatnya ..
Malam
tersebut , seekor tikus berjaya masuk dalam perangkap. Fuhhh lega .. tapi
husband kata dia ada seekor sbb bila seekor dah masuk , lagi seekor pun
menyorok bawah mesin basuh .. whattttt!!!! Oh ini tak boleh jadi .. esok nya
kami pasang perangkap lagi .
serai wangi
Bau
kencing tikus ni agak susah nak hilang bau . mula –mula aku pakai serai wangi , tapi bau still tak hilang, Makin kuat bau adalah . So husband advise untuk aku lap gunakan Dettol antiseptic. its work u'olssss.. bau Dettol ni agak tajam so meleyapkan bau kencing tikus ..
malam kedua perangkap tak mengena . the next day pun sama jgak .. tikus tak nak masuk. dah cerdik kot tikus ni.yelah dah Nampak kawan masuk perangkap, takkkan nak masuk lagi plak kan !! serah nyawa kalau macam tuuuu.. hihi hi ..
tikus tak masuk perangkap tapi dia "hijack ' bilik tidor aku nak gigit jari akuu... wahhhhhhhhh!!! dah kenapa jari aku plak ko gigit wahai tikusssss!! kuang jaqqq!!mungkin dia marah kott!! ehhhh aku lagi marah tawwwww!! hu hu hu nasub baiklah aku yang di gigit . kalau carlish atau kayra yang di gigit acane plakkk.. huuuu,,, serammm..
so pagi tu aku ke klinik untuk elakkan sebarang jangkitan kuman akibat gigitan tikus. dia gigit hujung jari manis aku dan tak de lah luka teruk pun . Smpi ke klinik , Doktor bagi aku 1 injection !! terpinga jgak aku ...
"Dr.. memang kene ambil injection ke walaupun luka saya ni ckitttt jeeee"
jawab Dr " perlu !! walaupun sikit tapi kita tak tahu apa kuman yg tikus tu ada . kalau awak tak datang ke klinik , kemungkinan boleh lumpuh akibat jangkitan kuman oleh gigitan tikus "
oooo... nasib balik lah aku terrajin nak ke klinik. itupun jiran aku yang suruh. kemudian aku dia beri antibiotic dan perlu habiskan dalam masa seminggu . Sekiranya ada demam sekitar hri ke 3-hari ke 5 selepas gigitan , aku perlu ke klinik balik.
bahayakan !! walaupun gigitan hanya sedikit!!
so sejak dari tu, aku lancarkan perang pada TIKUS !! aku beli serai Wangi yang botol besar , dan sembur di setiap pelusuk rumah . aku duduk di apartment. persekitaran luar berdekatan dengan tong sampah di blok. Dan aku haraplah sgt jiran aku ni tidk buang sampah di hadapan pintu unit mereka (dorg ni jenis malas tawwww!!harap dgt cleaner maintenance utk kutip sampah tu ) sbb sikap dorg ni lah mengundang tikus bertandang ... so sebersih mana pun dalam rumah, tpi persekitaran luar haprak, tetap mengundang tikus masuk ke rumah untuk cari makanan .,
emo plak aku !!next time ko gigit dorg plak tikus !! dah buntu sangat nak halau , maka kawan aku bagi aku cuba 1 racun tikus ni. rumah dia pun baru saje selesai bertempur dengan tikus . jadi aku ubah strategi aku gunakan biskut peanut dan taburkan racun di sekeliling biskut dan letakkan di bawa sofa (sbb di selalu ada kat situ utk makan kayu sofa )
racun tikus .. |
the next day aje aku tgk di da terdampar dalam toilet , fuhhh!! alhamdullilah .. habis 1 masalah .. petang tu aku dah husband pasang "net" di setiap tingkap toilet dan dapur (laluan tikus ) .. harapan aku semoga dia "serik" nak masuk rumah. aku plak setiap malam sebelum masuk tdo , aku akan sembur serai Wangi di sekeliling dapur .
now, Carlish labelkan aku OCD plak .. pantang bersepah aje aku dah bsing .. bukan OCD wahai anak, cumamama trauma dgn tikus!!
so kat sini ada lagi beberapa cara untuk halau tikus, maybe korang boleh ikut cara yang lain. so nnt bila berhasil kita share pengalaman masing2 ye .
1.
Daun Pandan
Daun
pandan bertindak sebagai agen pewangi semula jadi untuk kediaman anda. Tikus
juga tidak menyukai daun pandan. Selain itu juga, anda boleh jimat dengan tidak
membeli pewangi kediaman yang mahal.
dah try..tpi tak menjadi
2.
Daun Semambu
Letakkan
daun semambu di laluan tikus. Ianya juga boleh merawat demam.
tak tahu mana nak cari daun semambu
3.
Daun Durian Belanda
Caranya
letakkan beberapa helai daun di tempat yang selalu dilalui tikus atau sarang
tikus. Gantikan daun itu selepas 2 atau 3 hari sekali di tempat yang sering
menjadi laluan tikus. Letakkan juga di dalam almari pakaian.
Insya-Allah,
tikus tidak akan datang lagi.
ya allah .. daun ni susah nye nak jmpa
4.
Jering
Letak
jering dengan tangkai-tangkainya sekali dekat dapur. Biarkan di dapur sampai
kering.
rumah ibu ada pokok jering , tapi lupa nak minta kat ibu ..alasan kan !
5.
Serbuk Lada Hitam
Taburkan
serbuk lada hitam di tempat ada tikus atau laluan tikus itu.
aku tabur dalam bilik. Belum sempat tikus melawat dia da "kiok "
6.
Buah Pong-Pong
Buah
Pong-Pong juga boleh digunakan untuk menghalau tikus. Letakkan pada kawasan
yang disyaki ada tikus. Insya-Allah tikus tidak akan datang lagi. Bagi yang
pertama kali dengar nama buah Pong-Pong, boleh dapatkan maklumat lanjut dari
Wikipedia.
Amaran:
Buah Pong-Pong adalah beracun. Jangan dimakan.
7.
Buah Mengkudu
Ambil
dua atau tiga biji buah mengkudu. Potong mengkudu itu menjadi beberapa
bahagian. Letakkan ia di dalam mangkuk di kawasan yang sering dilalui tikus. Bau
buah mengkudu yang menyengat dapat menghalau tikus.
8.
Minyak Pudina
Sapukan
minyak pudina pada kain dan letakkan pada di tempat yang sering menjadi laluan
tikus. Insya-Allah tikus tidak akan datang lagi kerana tikus tidak menyukai bau
pudina.
9.
Kapur Barus
Hancurkan
beberapa kapur barus (kasar-kasar), kemudian taburkan di kawasan yang menjadi
‘lubuk’ tikus itu. Cara ini cukup efektif kerana tikus sememangnya tidak suka
dengan bau kapur barus yang cukup menyengat.
Cuma
petua halau tikus menggunakan kapur barus agak tidak sesuai bagi yang ada anak
kecil. Takut anak-anak ingat itu adalah gula-gula!
10.
Cat Badan Tikus
Tangkap
seekor tikus, kemudian lumurkan badannya dengan cat berwarna terang seperti
warna merah, kemudian lepaskan. Tikus tersebut tidak akan datang lagi, malah
turut membuatkan tikus-tikus lain berasa takut untuk mengganggu kediaman anda.
11.
Kulit Durian
Letakan
beberapa potongan kulit durian tersebut di tempat-tempat yang selalu dilalui
oleh tikus. Bau kulit durian yang menusuk hidung dan berduri pastinya akan
membuatkan tikus gerun untuk datang ke rumah anda.
12.
Bela Kucing
Petua
halau tikus ini hanyalah untuk orang yang sukakan kucing. Peliharalah kucing di
rumah anda, pastinya tikus akan takut untuk datang ke rumah anda. Kucing adalah
musuh utama tikus. Cuma jangan bela kucing mahal yang cuma pandai tengok tikus
lalu sahaja.
13.
Buah Kepompong
Letakkan
beberapa biji buah kepompong muda atau masak di sarang tikus.
14.
Perangkap Tikus
Letakkan
perangkap tikus (perangkap jaring atau gam tikus) di laluan yang sering dilalui
tikus.
15.
Tutup Semua Laluan Masuk Tikus
Tutup
semua laluan yang membolehkan tikus masuk ke rumah. Pasangkan jaring atau tutup
terus laluan masuk. Jangan sampai ada sedikit ruang kerana tikus boleh melepasi
ruang sempit itu.
16.
Guna Serai Wangi
Petua
halau tikus yang terakhir ialah dengan menggunakan serai wangi. Ada banyak
produk serai wangi di pasaran dalam bentuk semburan. Ia efektif bukan sahaja
untuk tikus, malah untuk haiwan perosak dan serangga yang lain.
17.
Lantik syarikat pengendali haiwan perosak (pest control)
Kalau
ada modal lebih, cari penyedia servis yang benar-benar berkebolehan membantu
kita menyelesaikan masalah ini. Ada jenis orang yang geli untuk pegang tikus
mati. Maka, syarikat seperti ini boleh membantu
selamat mencuba ..
babai ..
xoxo,
adda mia kayra