Tuesday, May 7, 2019

Breast abscess ? Mastitis ? fibroadenoma?

Salam ...
.
Sebelum ni aku tak pernah tahu tentang breast abscess mahupun mastitis ! Asal ada ketulan di payudara ,otak aku akan generate as breast cancer . Nak di jadikan cerita,pertengahan bulan feb lepas ,breast aku rasa sakit seperti bengkak susu.

Walhal,kayra da hampir setahun stop breast feed. So aku ke klinik pakar usim utk dapatkan pendapat Dr. Dr sahkan terdapat ketulan di breast aku. Dia referkan aku pada surgeon plak. 

Sedihnya aku time tu.tak dapat nak gambarkan. Aku bagi taw suami aku,muka dia relax je. Dalam relax sebenarnya dia sedih jgk ..sbb malam tu ketika dia solat aku dgr dia doakan aku ..  owhh...part tu laju airmata aku turun..

Bila tgk muka Carlish&kayra lagi lah hati sedih. Pujuk g hati agar tak fikir yang bukan2 tp its not as easy mcm tu je.. selang beberapa hari aku jmpa surgeon di Nilai medical centre. 

Aku di arahkan ke bahagian radiology untuk buat ultrasound. Hasil scan mmg ada ketulan dan ada cecair dlm ketulan tu.(acik xreti nak explain ) 

Ultrasound! Kat sana pun ada stated size breast lump




Settle ultrasond ,aku jmp surgeon balik. Dr kata aku ada breast abscess iaitu ada nanah hasil dari susu yang xkluar habis. Mmg rasa sakit area lump tu. Kalau picit lg sakit. Dr bekalkan aku antibiotic selama seminggu.

Selepas On antibiotics ,rasa sakit tu makin berkurangan tp selepas sebulan rasa sakit tu dtg lagi. This tinmme aku refer ke KK quarters Klia. Dr sana referkan aku ke hospital tuanku jaafar,seremban. Aku baca semua report perubatan dari Dr Nilai medical centre serta ultrasound. Dr decide agar aku buat biopsi. Report biopsi cuma diketahui selepas 10 hari waktu bekerja. Di saat entri ini di posted,aku menunggu lagi 8 hari utk biopsi result kluar. 

Hari ini (hari ke 7) area biopsi ada kesan lebam. Waktu mandi terkene plak sponge mandi. Darah kluar tanpa henti di area lump tu. Darah tu mcm berlendir taw . So aku&husband terus je HTJ . Dr da pesan .. klu ada apa2 yg terjadi terus ke ED. Skrg tgh tgu nama aku di panggil oleh Surgical. Sblm tu Dr lain da check ,darah aku di ambil. 
Inshaallah next entri,aku update kisah aku di ED serta keputusan biopsi. 

Kena ambil darah 


Doakan aku ye Sahabat! 

Love ,,
Adda mia kayra