Sunday, January 21, 2018

Carlisha budak DLP (dual language Programe)

assalamualaikum ..

Entry pasal DLP ni, dari tahun lepas aku berhajat nak post tapi dek kekangan masa dan kemalasan melanda, so aku peram entry ni lama2 ..


tahun ni adalah tahun ke 2 Carlisha dalam program DLP. so far dia boleh carry subj  Math&Science dalam english dengan baik sekali. firstly, pasti ada yang tertanya "apa itu DLP " .... pasti ada yang pernah dengar dan ada yang belum pernah dengar ? 



DLP (dual languange Programe)

Program Dwibahasa atau Dual Language Programme (DLP) adalah satu program di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Ia dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara rintis pada tahun 2016 melibatkan 300 buah sekolah. Program DLP memberi pilihan kepada sekolah-sekolah yang layak untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris selain daripada bahasa Malaysia bagi mata pelajaran Matematik, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Pelaksanaan DLP bertujuan untuk menyokong penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris murid melalui peningkatan masa pendedahan kepada bahasa Inggeris secara tidak langsung. Dengan pengukuhan dwibahasa seseorang murid, DLP boleh memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan akses, penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat global serta meningkatkan kebolehpasaran murid di alam pekerjaan.
 sumber :apa itu DLP

Tak semua sekolah mempunyai Program DLP . Ada beberapa kriteria yang di titikberatkan oleh KPM  sebelum sesebuah  sekolah di tawarkan program DLP. Antaranya :
-Sekolah yang mempunyai sumber yang mencukupi seperti buku teks, tenaga pengajar dan bahan - bahan sokongan  pembelajaran . 
-Pengetua/guru besar dan guru bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan DLP.
-permintaan dan sokongan dari ibu bapa.
-pencapaian sekolah dalam matapelajaran Bahasa Melayu 

Dalam program DLP subjek Matematik dan Sains di ajar 100% di dalam bahasa Inggeris dan di tawarkan pada pelajar darjah 1 dan tingkatan 1 . Begitu juga di dalam peperiksaan di mana semua soalan bagi 2 subjek ini adalah fully English .So, macam mana nak join program DLP ???

DLP ni bukan program sukarela di mana kita blh suka-suka hantar anak untuk menyertai DLP. Di awal kemasukkan anak2 Darjah 1 ke sekolah , mereka akan di uji dengan ujian. Bentuk soalam im not so sure bcoz bila tanya Carlish dia kata "soalan senang ajer " fuhh!!

keputusan akan di beritahu  di penghujung program Transisi ( dalam 3 mingu oreintasi darjah 1 ). Murid yang terpilih akan di beri surat dan parents di minta untuk tandatangan surat persetujuan sekiranya anda bersetuju .. fuhhh panjangnya explanation akuuu!!!
once da join, tak boleh keluar! kena continue smpi ke darjah 6 .Andai kata anda anda bertukar sekolah , so harus memilih sekolah yang mempunyai program DLP .. 

so itu sedikit sebanyak penerangan tentang DLP ..

susah ke DLP ??silibus subj sama seperti kelas non-dlp yang berbezanya adalah dari segi pengunaan bahasa . So bagi murid yang mempunyai penguasaan bagus dalam bahasa Inggeris , DLP adalah bagus buat mereka , tpi kalau so-so better jangan ... 

review aku buat carlish dalam program DLP 
.
- Penguasaan english dia amat bagus. amat ketara ! 
-Math antara subj killer ! silibus dorg pun agak sukar dan padat. so, pastikan anak2 buat latihan maths hari2 ! wajib agar tak ketinggalan.. Once  dapat score math&sn dengan, percayalah .. anak anda berada di kalangan murid top 10 di darjah 
-buku latihan DLP seperti sasbadi,pelangi agak limited . lbh2 batch Carlish sbb dorg batch semakan kssr . kebiasaanya bulan Feb baru buku ada di jual di book store. Tapi kena cepatTT!!lmbt dapatkan ko tunggulah  next restock . tapi kalau math bagi buku latihan dalam BM pun ok. lagi banyak latihan math lagi tinggi pencapaian dia . (ketika darjah 1 carlish ada 3 buku latihan math dalam english , dan 4 dalam bahasa melayu ) 

so far ini yang boleh aku terangkan. Pada new parents yang anaknya join DLP thn 1 bagi 2018, saya ucapkan tahniah .. always support anak-anak anda . 

sekian entry buat kali ini ..

terima kasih 

xoxo, 
adda mia kayra