salam ..
hari ni aku nak buat enrty pasal ubat cacing .beberapa hari yang lepas sewaktu aku bersihkan poo poo cik kayra, aku perasan ada "entiti " ganjil di poo poo nya ,.. apakah itu ?? alahhhh.. macam cacing jeeeee... geli plak aku tgkkkkk...
terus aku wassap en suami , dan seterusnya ajak di ke farmasi untuk beli ubat cacing . before that , kalau ikut buku imunisasi kanak-kanak , kanak-kanak berumur 2thn dah patut di beri ubat cacing . tapi since aku stop check up kayra selepas saringan autism dan last jab setahun 6 bulan , so aku tertinggal part ubat cacing tu ..
.
so lepas ni akan aku alert dan wajibkan anak-anak aku ambil ubat cacing sekurang-kurangnya setahun sekali (seeeloknya 6 bulan sekali _).. so pagi tadi breakfast di mamak Al-Ritzwan di area Desa Melati . kebetulan selang dalam 2 buah kedai , ada klinik An-Nessa di situ . Jadi aku beli ubat cacing jenis chew tab buat carlish dan kayra .
Harga ubat ni Rm8/pack dan setiap pack ada 2pcs. Lepas breakfast terus bagi Carlish & Kayra makan . Si Carlish senang aje makan ..kunyah-kunyah telan .tapi Si kayra tu payah la plak nak makan. ingatkan beri yang jenis macam ni dia senang nak makan rupanya susah jugak . so terpaksa la aku pecah-pecahkan jadi seperti serbuk dan suapkan dia makan .
untuk jenis macam ni , kanak-kanak bawah umur 2thn cuma makan 1tab saje . So lagi 1 pack aku boleh simpan utk stok tahun depan ataupun aku sendiri yang makan .. hi hi hi
|
Aku beli jenis yang macam ni. Noxworm
Tanda-tanda kecacingan:-
* Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis * Alahan kulit yang teruk - bengkak atau ruam & gatal terutama pada waktu malam * Gatal sekitar lubang najis (dubur) * Alahan terhadap makanan * Sakit perut - cirit-birit, kembung, sembelit * Anemia - kurang darah (ada cacing yang menghisap darah) * Keletihan luar biasa - lesu, kurang tumpuan, kemurungan, gelisah, demam * Tiada selera makan, pucat, * Kurang berat badan walaupun selera makan ada * Mengetap gigi ketika tidur malam (grinding of the teeth at night) * Kedutan dan lingkaran hitam pada kelopak mata * Hiperaktif * Sakit kepala * Sensitif terhadap cahaya * Gusi & hidung berdarah * Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)
Tidak semua jangkitan cacing itu merbahaya tetapi rawatan serta pencegahan awal harus dipertimbangkan demi kesihatan & kualiti hidup.
Cara-cara mengelak jangkitan cacing
* Amalkan kebersihan diri & rumah - cuci tangan sebelum & selepas makan * Cuci tangan selepas keluar tandas * Cuci tangan selepas menyentuh haiwan peliharaan anda, periksa juga sekiranya ia dijangkiti * Pakai kasut apabila keluar rumah * Basuh sayur-sayuran & buah-buahan dengan teliti terutama yang dimakan mentah * Masak ikan & daging dengan suhu yang sesuai * Jumpa doktor sekiranya terdapat tanda-tanda kecacingan yang serius * Makan ubat cacing mengikut jadual tetap (setiap 6 bulan) * Sekiranya salah seorang ahli keluarga telah dijangkiti, semua ahli keluarga harus mengambil ubat cacing juga.
so guys, please alert ye.. Carlish pun last makan ubat cacing ketika umur 3 tahun kalau aku tak silap. Ubat cacing yang jenis cecair brand Zentel . so di harapkan lepas ni Persatuan Cacing sedunia akan pencen dari duduk dalam perut kita semua yee...
ok sekian !!
babai ..
xoxo,
adda mia kayra
|